Connect with us

Berita Lain

Rafizi cabar? Saya sanggup lawan siapa sahaja` – Tok Mat

KUANTAN — Timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad
Hasan berikrar akan berusaha sehabisnya dalam mempertahankan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan.
Mohamad, yang menyandang kerusi itu sejak tahun 2004,
menambah ia termasuk jika perlu berdepan bekas anggota parlimen Pandan Rafizi
Ramli yang dikatakan antara nama yang dipertimbangkan Pakatan Harapan untuk
bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Terpulang pada mereka hendak letak siapa bertanding… saya
bersedia berdepan sesiapa sahaja.
“Sudah tentu saya akan berjuang habis-habisan (pada PRK
Rantau),” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas perjumpaan presiden
Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Umno Pahang di Kompleks Yayasan
Pahang di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy
Wan Ismail, yang merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Pahang.
PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Tinggi Seremban semalam
memutuskan kemenangan Mohamad tanpa bertanding pada pilihan raya umum lalu
terbatal dan tidak sah.
Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas calon
PKR pada kerusi DUN ini Dr S Streram memfailkan petisyen bagi mencabar
kemenangan Mohamad, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan pada 23 lalu.
Media hari ini melaporkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengesahkan nama Rafizi ada dibangkitkan sebagai calon PRK DUN Rantau.
Bagaimanapun, Anwar menambah keputusan calon PH daripada PKR
pada PRK itu masih di peringkat perbincangan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel