Connect with us

Berita Lain

Rusuhan kuil: Waytha Moorthy minta rakyat bertenang


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator
P. Waytha Moorthy meminta semua pihak bertenang susulan kekecohan yang berlaku
di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights awal pagi ini.
Mengambil maklum kejadian berkenaan dan telah menerima
pelbagai maklumat serta rakaman video yang tular berhubung kekecohan itu,
Waytha Moorthy berkata beliau telah menghubungi Timbalan Ketua Polis Negara,
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengenai insiden tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“YB Menteri telah membangkitkan keprihatinan masyarakat
terhadap rusuhan yang menjadi ancaman terhadap keamanan dan ketenteraman
masyarakat pelbagai bangsa dan agama serta mengancam kebebasan agama,”
demikian menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menurut kenyataan itu, Tmbalan Ketua Polis Negara berjanji
melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Waytha Moorthy turut melahirkan kebimbangan berhubung
pelbagai sebaran berita tidak benar berhubung kejadian itu yang boleh
menimbulkan ketegangan emosi dalam kalangan masyarakat.
Sehingga kini, tujuh lelaki berusia dalam lingkungan 30-an
ditahan polis berhubung kekecohan yang dikatakan berpunca daripada perselisihan
antara dua kumpulan hingga menyebabkan 18 kereta pelbagai jenis dan dua
motosikal terbakar. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel