Connect with us

Berita Lain

“Saya juga tahu tentang korupsi dan salah laku kerajaan terdahulu”, Maszlee balas ‘serangan’ KJ

Selepas disindir Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu
Bakar di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membalas
‘serangan’ bekas Ketua Pemuda Umno itu.
Maszlee berkata, beliau sedia maklum dengan semua isu
pendidikan yang kerap dijadikan ‘bahan’ pembangkang sejak kebelakangan ini
antaranya program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu 1Malaysia, lapor Sinar Harian.
“Cuma KJ (Khairy Jamaluddin) kena tahu, saya juga tahu
tentang korupsi dan salah laku kerajaan terdahulu dalam RMT sekolah sehingga
diberikan amaran oleh Jabatan Audit Negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya juga tahu hilangnya susu dari program bantuan
susu sewaktu kerajaan dahulu,” katanya dipetik menerusi laman sosial Facebook
miliknya hari ini.
Beliau turut memuat naik dokumen berhubung teguran Jabatan
Audit Negara terhadap program RMT yang bertarikh 1 Mac 2016.
Antara teguran itu termasuklah berkaitan kelewatan agihan
peruntukan kepada pejabat pendidikan daerah dan hidangan makanan tidak mengikut
menu ditetapkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Maszlee menegaskan, RMT bukan projek bantuan sarapan yang
disasarkan kepada golongan B40 yang kini sedang dalam perancangan untuk
dilaksanakan.
“Ramai anak-anak di desa dan miskin kota yang pergi ke
sekolah dengan perut kosong dan hanya makan pada waktu tengah hari melalui RMT.
“Saya turun ke sekolah-sekolah dan mendengar rintihan
anak-anak,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga sedia
maklum dengan beberapa projek kementerian dilakukan secara rundingan terus
ketika kerajaan terdahulu antaranya isu solar diesel di Sarawak.
Maszlee dalam nada sinis turut mengucapkan tahniah kepada
Khairy Jamaluddin kerana cakna dengan isu pendidikan.
“Saya ingatkan anda lebih bijak daripada mereka yang berotak
lobak itu YB, sila buktikan anda lebih bijak dari mereka,” katanya.
Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2019 hari ini, Khairy
Jamaluddin dilihat banyak menyindir Maszlee kerana didakwa terlalu sibuk
memberi cadangan dan kenyataan yang tidak perlu.
Dalam pada itu, Maszlee turut memberi komen tentang ciapan
dibuat Khairy Jamaluddin di Twitter peribadinya semalam.
“Terima kasih atas ‘nice words’ dalam tweet semalam.
Tidak sabar untuk melihat parti baharu anda…,” katanya.

Semalam, Khairy Jamaluddin memuat naik gambar beliau bersama
bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika mereka menghadiri debat
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Sinar Harian pada
2012 dan turut kelihatan gambar Maszlee yang menjadi moderator program pada
masa itu. – Sinar Harian


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel