Connect with us

Berita Lain

Siapa akan ikut sama ke penjara?

Foto FMT

Jabatan Audit Negara akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi
mengesahkan wujudnya arahan untuk meminda atau mengeluarkan bahagian tertentu
daripada laporan audit 1MDB pada tahun 2016 yang lalu.
Arahan itu disahkan telah dibuat oleh bekas Ketua Setiausaha
Sulit Najib Razak, Shukri Salleh kepada Ketua Audit Negara ketika itu yang
turut dihadiri beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dengan kedudukan Shukri sebagai pegawai kepada Najib untuk
membuat arahan itu, sudah pasti beliau diarahkan oleh “bossnya” iaitu
Najib untuk berbuat demikian.
Terdapat dua bahagian daripada laporan audit 1MDB yang
diarah digugurkan oleh Shukri atas arahan Najib iaitu:-
Satu – Najib melalui Shukri 
telah mengarahkan agar digugurkan fakta tentang akaun kewangan 1MDB yang
berakhir  31 Disember 2014 daripada
laporan audit tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Alasan yang diberi ialah untuk memudahkan siasatan
dijalankan oleh pihak berkuasa.
Arahan  itu diberi
oleh Shukri dalam satu mesyuarat pada 22 Februari 2016 yang antara lain
dihadiri Ambrin Buang dan Ali Hamsa, masing ketika itu sebagai Ketua Audit
Negara dan Ketua Setiausaha Negara.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Dua – Najib melalui Shukri juga telah mengarahkan agar disembunyikan
fakta mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB daripada
laporan audit yang disediakan itu.
Alasan agar fakta itu digugurkan ialah ianya sensitif dan
untuk mengelakkan diputar-belit oleh pembangkang.
Arahan itu dibuat dalam satu mesyuarat pada 24 Februari 2016
yang dihadiri oleh Ali Hamsa, Shukri, Ambrin, Arul Kanda bersama wakil daripada
Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Dengan pengesahan rasmi oleh Jabatan Audit Negara berhubung
wujudnya arahan untuk meminda laporan audit 1MDB yang dibuat oleh Shukri atas
arahan Najib, bermakna pelbagai penafian sebelum ini termasuk oleh bekas
Pengerusi PAC, Hassan Ariffin adalah terbatal sama sama sekali
.
Faktanya ialah laporan audit 1MDB itu memang sah telah
dipinda atas arahan dan kehendak Najib selaku Perdana Menteri ketika itu.
Masihkah lagi Najib mahu “berauta” mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai
urusniaga 1MDB?
Sehubungan itu, Jabatan Audit Negara telah pun membuat
laporan kepada polis dan SPRM dengan menyerahkan sekali Laporan Audit 1MDB yang
belum dipinda untuk tindakan lanjut oleh kedua-dua agensi penguatkuasa
undang-undang itu.
Dalam hal ini – siapa agak-agaknya yang akan turut serta
jika Najib nantinya masuk ke penjara?



*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian Malaysia Update.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel