Connect with us

Berita Lain

Stadlen tinggalkan Malaysia sebelum PRU-14


KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide
Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen yang dicari bagi membantu siasatan skandal
1Malaysia DeveIopment Berhad (1MDB) telah meninggalkan Malaysia sebelum Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU 14) Mei lalu.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Memang betul dia sudah meninggalkan Malaysia sebelum
PRU14,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Akhbar antarabangsa, The Daily Mail melaporkan Stadlen, 39,
dipercayai terbang ke London sebelum ke lokasi lain yang tidak diketahui.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut laporan itu, dia didakwa melarikan diri dari negara
ini dan kemungkinan terbang ke London namun tidak menyatakan waktu Stadlen
keluar dari negara ini.
Pada 1 November lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri
Mohd Shukri Abdull dilaporkan berkata SPRM sedang mencari Stadlen bagi membantu
siasatan kes berkaitan 1MDB.
Mohd Shukri berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan
Imigresen bagi mengesan Stadlen.
Lelaki warga Britain itu beralamat terakhir di Unit A-29-8,
Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala
Lumpur. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel