Connect with us

Berita Lain

Sudah-sudahlah Najib, sejak awal lagi pun anda sudah berbohong….


Untuk kali yang seterusnya, terutama sejak dibalun  dengan dilabel sebagai berbohong oleh Utusan
berhubung isu RM2.6 bilion, Najib Razak terus mempertahankan dirinya bukan
seorang pembohong, pencuri atau penyangak.
Dalam hantaran terbaru melalui laman Facebooknya, bekas
Perdana Menteri yang telah ditolak rakyat dan kini berdepan 38 pertuduhan
mahkamah itu mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini bahawa
dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Meskipun jika diimbas kembali banyak rentetan jalur cerita
berhubung dana itu nampak berbeza dan tidak masuk akal, bahkan Najib sendiri
dalam interbiu Al-Jazeera hanya beranggapan saja wang itu daripada Raja
Abdullah berdasarkan sumbangan kecil yang pernah diterimanya sebelum itu,
tetapi tentunya agak menghairankan mengapa sumbangan besar RM2.6 bilion itu
disalurkan melalui Tanore Finance yang dimiliki oleh Jho Low.

Di sini saya tidak ingin sama sekali untuk memperincikan
semua renteten atau perbezaan itu kerana ramai di antara kita barangkali sudah
sedia maklum mengenainya.

Namun, jika Najib terus mendakwa dirinya bukan pembohong,
pencuri dan penyangak, saya cuma ingin mengingatkan beliau dan pemakan dedaknya
tentang reaksi awalnya ketika isu RM2.6 bilion itu terdedah kepada pengetahuan
umum pada 2015 dahulu.

Kalaulah benar wang itu merupakan derma daripada Raja
Abdullah, mengapakah Najib ketika itu beria-ia menafikan ada sebarang kemasukan
wang sejumlah RM2.6 bilion itu menerusi akaun bank peribadinya?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Tidak cukup dengan menafikannya, Najib juga menambah, kalau
pun beliau mahu menyamun, tidak mungkin beliau mahu menggunakan akaun bank
peribadinya bagi tujuan itu.

Beliau juga mengancam mahu menyaman Wall Street Journal atau
WSJ yang mula-mula mendedahkan perkara itu – suatu ancaman pengecut daripada
Pahlawan Bugis yang tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Hanya setelah pendedahan demi pendedahan dan selepas
dirasakan tidak mampu lagi mengelak daripada kebenaran, barulah akhirnya Najib
tampil mengakui ada kemasukan wang ke dalam akuan bank peribadinya dengan
mendakwa ia adalah sumbangan atau derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Soalnya, jika benar wang tersebut merupakan derma daripada
Raja Abdullah, mengapakah Najib menafikannya pada peringkat awal itu serta
mengancam untuk menyaman WSJ?
Mengapa tidak sejak awal-awal lagi beliau mengakuinya
sebagai derma?
Bukankah ini menunjukkan sejak awal lagi Najib sebenarnya
telah pun berbohong kepada kita semua?

Bagaimana agaknya jika selepas pendedahan awal oleh WSJ itu,
mereka berhenti setakat itu saja dan tidak terus mendedahkan bukti demi bukti
selanjutnya mengenai kemasukan wang melalui akaun peribadinya itu?
Tidak mustahilkah Najib akan terus berbohong sehingga
sekarang dengan menafikan wang tersebut ada dalam akaun bank peribadinya?
Begitu pun, kalau penafian awalnya itu sudah didapati suatu
pembohong, tidak mungkinkah pengakuan bahawa wang itu daripada derma Raja
Abdullah merupakan suatu pembohongan juga?
Lupakah Najib kepada suatu peringatan yang menyebut –  orang yang berbohong sekali, dia akan terus
berbohong 1000 kali untuk menutup pembohongannya.
Maka, insaf dan bertaubatlah wahai Najib…awal-awal lagi
pun anda sudah berbohong, maka tentulah tidak mustahil berbohong demi berbohong
itu sudah menjadi kebiasaan bagi anda.

Kalau awal-awal pun sudah berani berbohong, memang ada
munasabahnya ia juga diikuti dengan kebiasaan mencuri dan menjadi penyangak
juga.

Untuk itu, memandangkan kes RM2.6 bilion itu sudah dibawa ke
mahkamah, sebaiknya Najib menyimpan saja 
semua jawapan dan hujahnya di kandang salah untuk diadili oleh
hakim-hakim yang bebas lagi bijaksana.
Cuma, dengan akhbar milik UMNO, bahkan mungkin semakin ramai
ahli UMNO sendiri tidak lagi mempercayai kata-katanya berhubung penafian wang
RM2.6 bilion itu, Najib seharusnya makin menginsafi siapa dirinya sekarang ini.
Kata-katanya hanya tinggal dipercayai oleh golongan pemakan
dedak saja lagi sekarang ini.

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik
terkenal. Artikel ini pertama kali disiarkan di blog beliau dan merupakan pendapat
peribadi penulis yang tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel