Connect with us

Berita Lain

TMJ cadang wujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di Johor


JOHOR BARU ― Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan
Ibrahim mencadangkan kerajaan negeri Johor mewujudkan rumah perlindungan
sementara untuk para gelandangan.
Menerusi catatan yang dimuat naik dalam laman Facebook
baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah cadangan itu
dikemukakan selepas mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dengan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya ada memberi
cadangan kepada kerajaan negeri Johor supaya membina rumah perlindungan
sementara (shelter) untuk para gelandangan. Ia perlu disediakan dengan
bersistem dan mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi,” titah Tunku Ismail
menerusi catatan berkenaan hari ini.
Menurut Tunku Ismail, cadangan mewujudkan rumah perlindungan
itu perlu disediakan di setiap daerah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya percaya dengan kajian yang lengkap, kerajaan negeri
dapat merealisasikan projek ini. Bukan sahaja ‘shelter’ tetapi juga memberi
peluang pekerjaan kepada mereka,” titah baginda.
Baru-baru ini, Tunku Ismail berkenan berangkat menyertai
Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) untuk memberikan sumbangan bantuan kepada para
gelandangan di sekitar bandar raya ini.
Gelandangan itu menerima sumbangan set barangan kelengkapan
mandian, kelengkapan sanitari dan makanan. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel