Connect with us

Berita Lain

Tunjuk ajar kami, Malaysia


Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mahu mempelajari
bagaimana Malaysia menangani isu rasuah serta 
menyelesaikan keadaan hutang negara yang sangat tinggi buat masa ini.
Jelas Imran, terdapat banyak persamaan yang sedang didepani
Pakistan dengan Malaysia dan beliau yakin banyak lagi perkara lain yang boleh
dipelajari dari Malaysia, lapor Astro Awani hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika kami mendapat mandat untuk memimpin Pakistan, kami
juga seperti Malaysia berdepan masalah rasuah dan hutang negara. Banyak lagi
boleh dikongsikan bagaimana kami boleh menyelesaikan isu ini,” kata Imran dalam
sidang media bersama dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di
sini pada Rabu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Imran turut menyuarakan lawatan rasmi ke Malaysia ini juga
kerana kagum dengan Tun Dr Mahathir yang berjaya melaksanakan transformasi di
Malaysia.
“Kami juga mahu mengetahui bagaimana Malaysia meningkat
pendapatan per kapita, meningkatkan pendapatan keluaran dalam negara kasar
(KDNK),” kata Imran.
Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad berkata  beliau menyambut baik kunjungan Imran, dan
mahu menjadikan Pakistan rakan dialog di ASEAN.
Antara perkara lain yang dibincangkan termasuk amalan
pelaburan terus asing, peranan Khazanah Nasional, dan langkah meningkatkan
industri pelancongan.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel