Connect with us

Berita Lain

Wang dicuri dari 1MDB akan dibawa balik ke Malaysia, kata Tun M


SINGAPURA, 13 Nov — Wang yang dicuri dari dana 1Malaysia
Development Bhd (1MDB) sebanyak US$4.3 bilion akan dibawa balik ke Malaysia
walaupun mungkin tidak kesemuanya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
hari ini.
“DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) kata jumlahnya
kira-kira US$4.3 bilion. Kita berharap untuk mendapat balik jumlah itu tetapi
mungkin sebahagian besar daripada jumlah itu telah hilang sebelum ini,”
katanya. Bagaimanapun, wang itu mungkin tidak dapat dibawa balik dalam masa
yang cepat kerana terdapat pelbagai proses yang terlibat, kata beliau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mula-mulanya anda perlu membuktikan bahawa wang itu adalah
milik anda. Setelah anda dapat membuktikannya sudah tentulah ada proses-proses
yang harus dilalui. Mereka bukan boleh sekadar mengutipnya lalu menyerahkannya
kepada anda di depan kaunter.
“Jadi, sudah tentu ia akan mengambil masa. DOJ telah
berjanji akan memulangkan wang itu kepada kita,” katanya pada sidang media,
semasa ditanya sama ada Malaysia sudah mengemukakan permohonan rasmi untuk
membawa balik wang itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya sama ada Malaysia akan mengenakan tindakan-tindakan
menghukum terhadap bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs Group, yang terlibat
dalam skandal 1MDB dan sedang disiasat oleh DOJ, Dr Mahathir berkata: “Kami
yakin kepada kedaulatan undang-undang.”
Goldman Sachs memperoleh bayaran kira-kira US$600 bagi
urusan dengan 1MDB itu, termasuk tiga penawaran bon pada 2012 dan 2013 yang
telah mengumpul dana sebanyak US$6.5 bilion.
Menurut laporan, pihak pendakwa Amerika Syarikat telah
memfailkan pertuduhan jenayah terhadap dua bekas jurubank Goldman Sachs awal
bulan ini. Seorang daripadanya, Tim Leissner, mengaku bersalah atas pertuduhan
melakukan konspirasi pengubahan wang dan berkonspirasi untuk melanggar
undang-undang di bawah Akta Amalan Rasuah Luar Negara.
“Jika seseorang didapati telah melakukan jenayah mengikut
undang-undang, maka dia akan dihukum dengan hukuman setimpal mengikut proses
undang-undang. Tidak kiralah siapa dia. Dia mungkin Goldman Sachs atau mungkin
sesiapa jua.”
Justeru, jika mereka didapati telah melanggar undang-undang
dan terdapat bukti yang mencukupi maka kerajaan Malaysia akan mengambil
tindakan mengikut undang-undang, kata beliau. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel