Connect with us

Berita Lain

Waytha: Kuil tidak dirobohkan hingga ada penyelesaian

Foto oleh Firdaus Latif

SUBANG JAYA — Kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25 di sini,
yang menjadi tumpuan ekoran insiden kekecohan sejak awal pagi Isnin, tidak akan
dirobohkan sehingga satu penyelesaian dicapai, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, P. Waytha Moorthy.
Katanya, satu perbincangan telah diadakan bersama Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini dan beliau (Dr Mahathir) telah
menyatakan kebimbangan mengenai insiden kekecohan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perdana Menteri juga telah menyatakan kepada saya yang
beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor untuk menyelesaikan
masalah ini,” katanya kepada sidang media selepas melakukan lawatan dan
berjumpa dengan komuniti kuil berkenaan.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan
anggota Exco Selangor, V. Ganabatirau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Waytha Moorthy, yang menjaga portfolio perpaduan nasional,
turut memberi jaminan bahawa keluhan pelbagai pihak mengenai penempatan semula
lokasi kuil didakwa berusia 147 tahun itu akan dibawa lagi kepada perhatian Dr
Mahathir.
Waytha Moorthy berkata beliau juga akan berbincang dengan
Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk mencari penyelesaian isu perpindaan kuil
itu.
Kejadian yang bermula awal pagi Isnin dan awal pagi ini
melibatkan pergaduhan dua kumpulan dan terdapat perusuh yang membakar 23 kenderaan
serta merosakkan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta mencederakan
seorang anggota bomba.
Ekoran kejadian itu, polis dilaporkan telah menahan 21
individu bagi membantu siasatan insiden tersebut. — Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel