Connect with us

Berita Lain

Zambry mungkin dihalang ke DUN jika gagal hadir PAC Perak

IPOH, 24 Nov — Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak tetap
akan mengadakan pendengaran awam pada prosiding melibatkan bekas Menteri Besar
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung isu Perbadanan Menteri Besar (MB. Inc).
Pengerusinya Leong Cheok Keng berkata ini kerana klausa
dalam Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menyatakan arahan khusus
berhubung penglibatan awam dalam prosiding PAC.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita menetapkan keputusan sendiri kerana kuasa-kuasa yang
diberikan di bawah Perintah Tetap DUN Perak adalah sangat luas dan tiada
prosedur terperinci yang ditetapkan.
“Jadi, PAC sebagai satu jawatankuasa telah pun membuat
keputusan bahawa pendengaran disaksikan awam mengikut prinsip telus, terbuka
selain boleh dihadiri oleh media dan rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama
di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Saarani
Mohamad yang menyatakan Zambry hanya akan menghadirkan diri ke sesi pendengaran
berkaitan isu tersebut jika prosiding dibuat secara tertutup.
Menurut Saarani, PAC tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk
bertindak selaku badan perundangan yang boleh mengadakan perbicaraan secara
umum di hadapan khalayak.
Mengulas lanjut, Leong berkata PAC tidak menganggap Zambry
pesalah, sebaliknya Anggota Dewan Undangan Negeri Pangor itu dipanggil sebagai
seorang saksi.
Ditanya tindakan yang boleh dikenakan jika Zambry gagal
menghadirkan diri, Leong berkata PAC tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan
hukuman namun jawatankuasa itu boleh melaporkannya kepada speaker DUN.
“Sekiranya DUN melalui usul membuat satu keputusan
kemungkinan speaker boleh ambil tindakan untuk gantung kehadiran beliau ke
dewan,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan PAC Perak akan mengadakan pendengaran
awam tersebut pada Isnin ini. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel