Categories: Berita Lain

Azeez nafi salah guna RM22 juta dana Yayasan Tabung Haji untuk politik

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata dana berjumlah RM22 juta bukan wang pendeposit Tabung Haji. — Foto oleh Razak Ghazali
KUALA LUMPUR, 3 Dis  ― Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan duit RM22 juta Yayasan Tabung Haji (YTH) disalah guna untuk aktiviti politik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anggota parlimen Baling berkata duit itu adalah dana yang diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan pihak korporat, peruntukan khas kerajaan serta orang perseorangan yang mahu menyumbang dalam pelbagai program kebajikan dan sosial.
“Program YTH yang dimaksudkan termasuklah program membantu golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), serta ibu tunggal seluruh negara menerusi program ‘Ziarah Kasih’, ‘Jom Bantu Rakyat’, dan ‘Ziarah Kasih Ramadan’ selama setahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dana berjumlah RM22 juta itu bukanlah wang penabung (pendeposit TH). Ia adalah zakat hasil keuntungan pelaburan TH sebanyak RM7 juta dan selebihnya adalah duit sumbangan Umno, Kerajaan Persekutuan dan syarikat yang tidak pernah berniaga dengan TH untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadan pada 2017,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketika mengulas laporan akhbar mengenai perkara itu, Abdul Azeez berkata beliau akan tunggu panggilan daripada polis dan bersedia beri kerjasama.
Jumaat lepas, TH telah membuat laporan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini melibatkan Abdul Azeez, dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta kakitangan pengurusan kanan.
Kakitangan kanan itu ialah Datuk Adi Azuan Abdul Ghani (Ketua Pegawai Operasi) dan Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).
Laporan pertama melibatkan program Yayasan Tabung Haji (YTH) pada 2017, di mana dana berjumlah lebih RM22.0 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik. Ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.
Para pemegang amanah YTH pada masa itu ialah Abdul Azeez, Ismee, Johan, Adi dan Rozaida.
Laporan kedua terhadap Ismee, Hazlina dan Rifina dibuat berhubung dakwaan salah nyataan dan penyorokan maklumat penting yang melibatkan jualan 95 peratus  saham PT TH Indo Plantations pada tahun 2012 yang dipegang oleh dua anak syarikatnya iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM3.8 billion).
Abdul Azeez berkata tiada sebarang dakwaan penyelewengan berkaitan maklumat penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM3.8 bilion).
“Saya dilantik sebagai pengerusi TH pada Julai 2013. Sehingga hari  ini tiada dakwaan penyelewengan atau kecurian yang berlaku berkaitan penjualan ini termasuklah dakwaan mengenai jualan yang dilakukan berasaskan harga di bawah nilai pasaran.
“Sebaliknya laporan media pada ketika itu jelas melaporkan bahawa harga jualan lebih tinggi daripada harga pasaran iaitu kira-kira AS$16,000 (RM67,200) sehektar,” jelasnya. ― Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

9 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

11 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago