Categories: Berita Lain

Tabung Haji bayar dividen guna simpanan pendeposit



KUALA LUMPUR – Hasil semakan kedudukan kewangan oleh syarikat audit bebas PriceWaterhouseCoopers (PWC) mendapati Tabung Haji (TH) membayar hibah (dividen)  menggunakan simpanan pendeposit.

Bagaimanapun, atas kertas, TH memberikan gambaran bahawa hibah dibayar menggunakan keuntungan syarikat, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Berdasarkan audit, dalam langkah pertamanya, TH menjual saham-sahamnya dalam Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi menunjukkan keuntungan syarikat.

Menurutnya, saham-saham itu kemudian dibeli kembali dengan penambahan kos pembrokeran.

Selain itu, anak-anak syarikat TH juga mengisytiharkan dividen yang tinggi kepada dana itu tetap jumlahnya tidak dibayar penuh.

“Walaupun transaksi itu dilihat tindakan komersial, kami faham bahawa niatnya untuk membolehkan TH melaporkan keuntungan lebih tinggi untuk untuk pengagihan kepada pendeposit.

“Ini hanya membuatkan hibah didanai oleh wang tunai daripada dana simpanan pendeposit dan bukannya keuntungan keuntungan,” kata PWC dalam laporan tersebut.

Dalam urusan pertama, TH menjual 2.551 bilion saham BIMB untuk mendapatkan keuntungan RM553 juta.

Bagaimanapun, pada tahun sama, dana umat Islam untuk mengerjakan haji itu kemudian membelinya semula dengan harga RM2.688 bilion.

Justeru, dalam laporan itu, penjualan itu tidak memberikan sebarang faedah tunai kepada TH sebaliknya hanya menaikkan keuntungan untuk untuk tahun kewangan 2017 sebanyak RM553 juta.

PWC juga mendedahkan mereka telah mewawancara peniaga ekuiti Tabung Haji yang mengakui penjualan dan pembelian semula saham BIMB itu hanya demi menunjukkan keuntungan sementara untuk mewajarkan pembayaran dividen.

Peniaga itu juga berkata, menurut laporan, transaksi itu (penjualan dan pembelian semula saham) tidak direkodkan dalam kenyataan kewangan TH  amalan yang menjadi standard laporan kewangan.

Sementara itu, susulan pengisytiharan dividen anak syarikat TH, dikatakan RM510 juta telah diisytiharkan tetapi sebanyak RM222 juta lagi belum dibayar.

“Kami tidak dapat mengesahkan sama ada dividen-dividen ini (dari anak syarikat TH) dapat diselesaikan sebelum 31 Disember 2018,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Tahun lepas, TH mengisytiharkan dividen sebanyak 4.5 peratus dan bonus 1.75 peratus.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, TH mengalami defisit RM4.1bilion, berdasarkan laporan kewangan TH pada 2017.

-sinar harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago