Connect with us

Berita Lain

11 projek infrastruktur di kedah mendapat kelulusan Putrajaya – Mukhriz



ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan menerima rayuan Kedah dengan meluluskan 11 projek membina dan menaik taraf infrastruktur di negeri ini khususnya masjid untuk dilaksanakan segera melalui kaedah proses tender terbuka.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata 11 projek itu membabitkan pembinaan dewan serba guna di Pokok Sena, pembinaan semula dewan dan Masjid Muadzam Shah di Kuala Nerang serta Masjid Permatang Gedong di Kuala Muda selain sebuah dewan orang ramai di Taman Gurun Jaya, Gurun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, ia juga membabitkan pelaksanaan kerja tanah runtuh di Taman Selasih, Kulim, baik-pulih dan naik taraf masjid dan surau serta pembinaan sebuah masjid di Changlun dan Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu serta pembinaan kompleks perniagaan di Sungai Petani. 
“Kelulusan peruntukan juga membabitkan projek ORS (Off-River Storage) Sungai Merbok, membina menara tangki dan
mengganti paip air di Merbok dan Tanjung Dawai serta kerja baik pulih Masjid Al-Fateh di Bandar Baharu.
“Ia diluluskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan yang menyampaikan khabar gembira untuk rakyat Kedah ini melalui surat kepada saya minggu lepas, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mukhriz berkata, projek yang diluluskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menggunakan peruntukan projek khas Unit Perancang Ekonomi yang akan disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Katanya, semua 11 projek ini akan dilaksanakan secara tender terbuka dalam memberikan nilai faedah terbaik dan penjimatan selaras dengan tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa tanpa menjejaskan kualiti kerja.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan, khasnya JPM, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di atas perhatian dan keprihatinan terhadap keperluan masyarakat dalam meluluskan projek ini.
“Saya yakin semua projek yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini memberi manfaat besar kepada rakyat dan menjamin kemakmuran negeri Kedah,” katanya.
-Berita harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel