Connect with us

Berita Lain

Shafie: Jangan letak syarat, Warisan terima wakil Bebas


KOTA KINABALU — Presiden Parti Warisan Sabah
(Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata partinya sentiasa terbuka untuk
menerima kemasukan wakil rakyat dari bebas, namun ia perlu dilakukan tanpa
sebarang syarat.
Beliau, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata parti Warisan
yang kini menerajui kerajaan baharu negeri Sabah sentiasa terbuka demi
penyatuan rakyat dan membangunkan negeri ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setakat ini memang ada wakil rakyat bebas telah menyatakan
keinginan untuk menyertai kita (Warisan) dan kita terbuka, namun dalam
kerjasama ini saya harap tiada sebarang syarat diminta kepada mana-mana pihak,”
katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pembayaran balik pinjaman
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) kepada Kerajaan Negeri Sabah di
luar Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Kelmarin seramai 14 wakil rakyat Umno Sabah bertindak keluar
parti untuk menjadi wakil rakyat bebas dan menyatakan sokongan kepada kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Empat belas wakil rakyat yang meninggalkanUMmno itu terdiri
daripada lima Anggota Parlimen iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran),
Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria
Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat).
Sembilan lagi ialah Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu
Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan),
Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Musbah Jameh (Tempasuk), Datuk Gulam Haidar
Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias),
Matbali Musah (Lumadan) dan Datuk Nizam Titingan (Apas).
Mohd Shafie berkata kerajaan sentiasa mementingkan rakyat
dan akan terus membantu membangunkan semua kawasan di negeri ini termasuk
kawasan yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya lepas.
“Kerajaan mempunyai dasar bahawa kita akan membantu semua
rakyat di negeri ini..kita tidak ada sebarang sekatan dalam parti ataupun
kerajaan bagi memastikan negeri ini terus dibangunkan,” tambanya.
Mengenai penyampaian bayaran balik pinjaman itu, Mohd Shafie
berkata Sedco telah membayar sebanyak RM7 juta sebagai bayaran balik pinjaman
daripada Kerajaan Negeri.
“Kita mengucapkan 
terima kasih kepada pimpinan Sedco yang telah berupaya membayar balik
pinjaman kepada Kerajaan Negeri dan saya berharap prestasi pengurusan Sedco
terus dipertingkatkan agar berupaya melaksanakan peranan untuk menyuburkan
ekonomi di negeri ini, sekali gus mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan
di negeri ini,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel