Categories: Berita Lain

wujudnya parti baharu tanda kegagalan kerajaan sedia ada



SABAK BERNAM – Politik di Malaysia ketika ini dilihat tidak stabil dan perlu mengambil pelbagai aspek sekiranya mahu menubuhkan parti politik baharu.

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Rizam Ismail berkata, sekiranya tertubuhnya parti politik baharu menandakan parti sedia ada hilang keyakinan terhadap kerajaan sedia ada.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Malah, ia turut menampakkan perpecahan dan kegagalan dalam pentadbiran kerajaan mahu pun parti itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sedang menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda.

Bagaimanapun Rizam berkata, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya tiga ikon itu menubuhkan parti baharu, sudah pasti ia akan mempunyai pengikut tersendiri.

“Sebagai contoh, parti Bersatu dan Warisan yang baharu ditubuhkan dalam masa singkat berjaya memenangi PRU14 dan menjadi kerajaan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rizam yang juga Adun Sungai Air Tawar berkata, pertemuan antara tiga individu itu dianggap bersifat individu dan lebih menjurus kepada permasalahan rakyat selain membincangkan isu politik semasa.

“Nurul Izzah baru melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden PKR, manakala Khairy tidak memegang apa-apa jawatan tertinggi.

“Oleh itu, saya hanya beranggapan bahawa tiga pemimpin muda itu boleh berjumpa atas tiket persahabatan,” katanya.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan gandingan tiga pemimpin muda, Khairy, Nurul Izzah dan Rafizi dipercayai sedang menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda.

Tiga ikon orang muda itu dilihat semakin akrab berkongsi pandangan menerusi pertemuan, serta komen balas sesama mereka di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Spekulasi lebih kuat apabila Nurul Izzah membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan Naib Presiden PKR, manakala Khairy semakin terbuka mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno.

Rafizi yang tewas dalam perebutan Timbalan Presiden PKR pula semakin mendekati pengundi muda, khususnya menerusi platform INVOKE yang diterajuinya.

-Sinar Harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

8 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

12 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

17 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago