Categories: Berita Lain

Selepas 4 hari direman, pengurusan kanan TH dibebas.



PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret semalam membebaskan seorang pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bergelar Datuk selepas empat hari direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah bernilai RM400,000.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membebaskan lelaki berusia 48 tahun itu dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada SPRM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 10 pagi semalam dengan diiringi pegawai SPRM.
Sebelum ini, sumber SPRM berkata siasatan awal mendapati suspek menerima rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah dianggarkan berjumlah RM400,000 sebagai balasan telah memberi projek kerja penjenamaan semula pejabat cawangan TH kepada sebuah syarikat yang membabitkan kos RM15 juta.
Beliau ditahan SPRM jam 8.35 malam Selasa lalu ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada 30 November lalu, TH membuat laporan polis berhubung kes salah guna kuasa dilakukan bekas pengerusi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan kanan institusi itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, sebelum ini dilaporkan berkata ketika pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan.
TH membuat dua laporan polis membabitkan bekas pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Selain itu, TH turut menamakan beberapa pengurusan kanan lain, Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).
-Berita harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

59 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago