Categories: Berita Lain

Isu pengambilan tenaga kerja Nepal, PM janji akan campur tangan



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan campur tangan dalam isu membabitkan pengambilan tenaga kerja dari Nepal yang dihadapi syarikat kawalan keselamatan.
Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali, berkata pihaknya sudah bertemu Dr Mahathir di pejabatnya Jumaat lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau berjanji akan campur tangan dan membantu menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat.
“Sejak Mei lalu, syarikat kawalan keselamatan berdepan dengan pelbagai masalah kerana gagal menyediakan khidmat tenaga kerja dari negara itu untuk memenuhi permintaan majikan.
“Levi bagi 10,200 orang pekerja sudah dibayar malah visa pekerja juga sudah dikeluarkan, namun hingga kini kerajaan Nepal masih tidak memberi jawapan berhubung pengambilan tenaga kerja mereka,” katanya ketika dihubungi NSTP.
Menurut Mustapa, masalah kekurangan tenaga kerja Nepal bermula apabila negara itu membekukan penghantaran tenaga kerja ke negara ini selepas tidak bersetuju dengan khidmat ejen yang menguruskan proses berkenaan.
“Mereka mendakwa kita melanggar perjanjian sebab itu dibekukan, …tetapi perjanjian baharu sudah dipersetujui malah Kementerian Sumber Manusia melalui menterinya juga sudah menandatangani perjanjian itu.
“Perbincangan antara kedua-dua kerajaan sudah dibuat dan mencapai kata putus, namun kami tidak pasti mengapa kerajaan Nepal masih berdiam diri.
“Atas sebab itu, kita minta Dr Mahathir campur tangan dan membuat rundingan dengan kerajaan Nepal agar masalah ini tidak berlarutan,” katanya.
Katanya, ketika ini seramai 35,000 pengawal keselamatan Nepal berkhidmat dalam sektor perkilangan, pembinaan dan kawalan keselamatan.
“Jumlah itu akan berkurangan secara berperingkat kerana mereka yang tamat kontrak akan pulang ke negara asal dan kita masih gagal menggantikan kekosongan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Nepal pada 29 Oktober lalu bagi menangani sindiket penyeludupan manusia dan eksploitasi pekerja.
Beliau berkata, antara lain MoU itu yang memutuskan bayaran rekrut, tiket penerbangan dua hala, visa, pemeriksaan kesihatan dan caj levi ditanggung majikan berbanding pekerja, adalah selaras syarat digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
-Berita harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago