Categories: Berita Lain

Pelebaran sayap BERSATU ke sabah, keputusan lepas sebulan.



KEPUTUSAN berhubung pelebaran sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke Sabah akan ditentukan dalam tempoh sebulan.


Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, isu terbabit masih dibincangkan.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Biarlah Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan rakannya berunding dengan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor.


“Tempoh munasabah untuk rundingan dalam sebulan atau sebulan lebih… beliau (Shafie) akan maklumkan keputusan supaya kita boleh fikirkan langkah seterusnya yang bakal diambil,” katanya di ibu pejabat BERSATU, di Petaling Jaya, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada isu berhubung pelebaran sayap ke Sabah akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung BERSATU yang akan berlangsung dari 28 sehingga 30 Disember ini.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, beliau sudah bertemu dengan Mohd Shafie dan berjanji sayap BERSATU tidak akan dikembangkan ke Sabah kerana parti itu mahu WARISAN menjadi tempat naungan rakyat.

“Saya kata, kalau beliau (Mohd Shafie) boleh masukkan semua dalam WARISAN, kerja saya selesai.

“Ini perlu supaya tidak pertembungan dari segi kepentingan antara parti pro-Pakatan Harapan (PH).
“Kita ingin pertahankan dan perkukuh WARISAN di Sabah, bukannya nak berebut kerusi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya berhati-hati mempertimbangkan keperluan untuk menubuhkan lebih banyak cawangan BERSATU di Sarawak.
Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Sekarang sudah ada DAP, PKR, AMANAH dan kita adalah parti keempat di sana.

“Untuk tubuhkan satu dua bahagian, boleh… tetapi kita tak ada niat untuk kembangkan sayap ke seluruh Sarawak sebab negeri itu besar.

“Tak mudah untuk uruskan,” katanya.

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago