Connect with us

Lain-Lain

Sultan Nazrin lantang tegur pemimpin yang menyusahkan rakyat jelata

Published

on

 147 total views,  3 views today


Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah merupakan antara raja yang
terkenal dengan kelantangan menegur pemimpin yang tidak amanah, menyeleweng dan
cuai dalam tugas hingga menyusahkan rakyat jelata.
Raja yang mempunyai daya intelektual dan budi pekerti yang
tinggi ini sentiasa menunjukkan keprihatinan mendalam terhadap nasib dan masa
depan rakyat dan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 2 Nov lalu, baginda selaku Timbalan Yang di-Pertuan
Agong menandatangani pengisytiharan menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan
Agong bila penyandang Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan.
Beberapa hari selepas itu, ketika berangkat ke sambutan
Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, baginda ‘menjentik’ para
pemimpin apabila menegur golongan yang tidak amanah dan berintegriti hingga
mengakibatkan ummah berada dalam sengsara.
Sultan Nazrin, 62, yang berkelulusan ijazah Doktor Falsafah
dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika
Syarikat tidak pernah jemu memberikan nasihat serta mencetuskan pelbagai idea
baru untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketinggian daya intelektual baginda cukup terserlah apabila
titah baginda memberi pencerahan terhadap pelbagai kemelut yang dihadapi
masyarakat dalam bidang ekonomi, pendidikan dan politik.
Baginda bertitah kemiskinan ummah akan bertambah buruk
apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda peribadi membina kekayaan material
dengan mengambil dan menidakkan hak ummah melalui kaedah yang meragukan.
Teguran baginda terhadap pemimpin tidak terhenti di situ
saja, pada 1 Dis lalu Sultan Nazrin dengan lantang bertitah mengingatkan
pemimpin agar tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh menyalakan
bara kebencian dan permusuhan antara rakyat berbilang kaum dan agama.
Baginda turut menzahirkan rasa dukacita kerana suasana
harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian lama kini mahu
dimusnahkan disebabkan persaingan politik.
“Terdapat sebahagian pemimpin politik yang memilih
bersifat riak dengan kemenangan, sementara sebahagian yang kalah bersifat
berdendam.
“Pihak yang menang hendaklah mengamalkan budaya terpuji
merendah diri, sementara yang tewas mengamalkan budaya menerima penentuan Ilahi
secara terhormat,” titah Sultan Nazrin pada Istiadat Konvokensyen ke-11
Universiti Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.
Sebagai seorang yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk
bangsanya, baru-baru ini Sultan Nazrin menzahirkan kekecewaan terhadap sikap
orang Melayu yang dilihat beransur-ansur lemah, hilang semangat ukhuwah dan
jati diri akibat bersaing merebut kuasa.
Titah baginda, orang Melayu telah terperangkap dalam
perlumbaan menconteng arang sesama mereka sehingga ma­sing-masing ghairah
menepuk air di dulang dan akhirnya terpercik ke muka sendiri.
Bersikap ambil peduli terhadap semua perkara, Sultan Nazrin
turut mengikuti perkembangan politik tanah air terutama selepas Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan pertukaran tampuk pentadbiran negara
daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).
Pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak 12 Mei lalu,
baginda menegur pemimpin dengan bertitah agar semua wakil rakyat yang dipilih
pada PRU14 menghormati keputusan dan menghargai kepercayaan rakyat terhadap
mereka.
Baginda bertitah wakil rakyat yang dipilih perlu mengabdikan
diri untuk berkhidmat kepada orang yang memilih mereka dan ia merupakan amanah
baharu.
Keprihatinan baginda terhadap PRU14 menjangkau segenap aspek
apabila dalam ucaptama pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam
(WCIT) 2018 Julai lalu baginda bertitah bahawa perubahan itu adalah kerana
rakyat membawa perubahan politik besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini,
menerusi peti undi.
Malah, baginda mahu golongan muda sebagai aset negara dan
pemacu perubahan diperkasa selain dilibatkan secara aktif dalam proses membuat
keputusan hari ini.
Kata-kata, teguran yang dilontarkan oleh Sultan Nazrin
memang sering mendapat tempat di muka hadapan akhbar, berita utama di
televisyen, malah sering dikongsi oleh netizen di media sosial.
Daulat Tuanku!
— Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lain-Lain

Dipercayai baru pulang dari India, ‘Taukey’ Nasi Kandar dikompaun selepas langgar arahan kuarantin di rumah

Published

on

 31,044 total views,  1,244 views today

Seorang pengusaha restoran nasi kandar di Pekan Napoh dekat Jitra telah ditahan dan dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar syarat kuarantin di rumah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata lelaki berumur 57 tahun itu dipercayai baru pulang dari India pada 13 Julai lepas dan telah diwajibkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Hasil keputusan ujian saringan COVID-19 yang pertama mendapati lelaki berkenaan negatif dan dia perlu melakukan saringan buat kali kedua pada minggu depan.

Polis telah menerima laporan berhubung kejadian daripada penduduk di kawasan itu dan telah menahannya di restoran berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata semasa disoal, lelaki terbabit mendakwa dia berada di restoran itu bagi memantau perniagaannya hari ini.

“Kita telah mengeluarkan kompaun kepada lelaki berkenaan sebelum mengarahkannya untuk pulang menjalani proses kuarantin di rumah. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Gambar lelaki berkenaan yang ketika itu berada di kedainya dengan memakai ‘gelang pink’ iaitu gelang tangan pengesanan COVID-19 mula tular di laman sosial sejak tengah hari tadi. – BERNAMA

Continue Reading

Lain-Lain

Minta orang ramai salur maklumat, Jabatan Imigresen cari warga asing muncul dalam dokumentari Al-Jazeera bernama Rayhan Kabir

Published

on

 35,712 total views,  1,246 views today

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mencari lelaki warganegara Bangladesh yang muncul dalam dokumentari Al-Jazeera baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media jabatan berkenaan, mereka meminta orang ramai memberikan maklumat lelaki warga Bangladesh berkenaan.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun.


Loading…

“Alamat terakhir beliau adalah Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.”

Terdahulu, dalam video dokumentari Al-Jazeera bertajuk ‘Lock Up in Malaysia’s Lockdown’, pemuda berkenaan antara lain mendakwa kerajaan melayan migran seperti haiwan.

“Kita layan mereka seperti haiwan. Ini bukan cara melayan pekerja migran. Ini bukan cara melayan manusia,” dakwanya dalam dokumentari tersebut pada minit 0.38.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairil Dzaimee Daud berkata, pas warga asing boleh dibatalkan dan diminta keluar dari negara ini serta-merta jika didapati mengeluarkan kenyataan memburukkan Malaysia.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sumber: Jabatan Imigresen MalaysiaBernama, SiakapKeli

Continue Reading

Lain-Lain

Dr M sokong Shafie sebagai calon Perdana Menteri PH ?

Published

on

 31,188 total views,  1,244 views today

Pakatan Harapan (PH) Plus dijangka mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut politik negara.

Difahamkan, perbincangan tersebut telah bermula sebagai pilihan lain selain Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Loading…

Sebuah video turut tular di media sosial sejak semalam yang menunjukkan pencalonan Mohd. Shafie disokong Dr. Mahathir ketika pertemuan beliau bersama ahli-ahli Bersatu.

Dr. Mahathir di dalam video tersebut menyatakan beliau bersama beberapa bekas pemimpin Bersatu, Amanah dan DAP telah bersetuju agar Mohd. Shafie dicalonkan.

“Adalah kumpulan yang  terdiri daripada wakil, Warisan, wakil dari Bersatu wakil daripada Amanah wakil daripada  DAP pun ada, kita empat parti ini bersetuju, jadi ini persetujuaan saya juga.

“Jadi saya harap, sokongan kepada saya ini dibuat melalui sokongan pasal saya yang namakan dia, bukanlah saya seorang, yang lain pun bagi nama yang sama, jadi saya harap akar umbi akan terima pencalonan ini.

“Fikirkan, kalau saya tak ada. Ada orang lain. takkan saya nak ada selama-lamanya, jadi adalah lebih baik kita pindah supaya kita boleh tentukan orang yang ambil alih ini meneruskan perjuangan kita, itulah harapan kita sebab itu saya nak supaya kita sokong Shafie Apdal, kerana dia dan saya sependapat,” kata Dr. Mahathir.

Video: Sokong Shafie sama seperti sokong saya – Dr Mahathir

Cadangan terbaharu itu bakal memecahkan tradisi apabila semua Perdana Menteri sebelum ini semuanya berasal dari Semenanjung.

Pemilihan Mohd. Shafie juga memberi harapan baharu kepada Sabah dan Sarawak dalam mendapatkan kembali hak-hak kedua-dua negeri yang dituntut dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – BorneoToday

Continue Reading
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending