Connect with us

Berita Lain

Tanda tanya berhubung pusat penyembelihan ayam

Satu rakaman video yang pada mata kasar menunjukkan
penyembelihan dan pemprosesan ayam dilakukan tanpa mengikut hukum syarak selain
mengenepikan aspek kebersihan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Aktiviti itu dikatakan berlaku di Seri Kembangan, Selangor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris
Kasim ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya dengan kerjasama Majlis
Perbandaran Subang Jaya telah mengenal pasti lokasi premis berkenaan dan telah
menjalankan siasatan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar premis
terbabit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Laporan berkaitan akan dikeluarkan kemudian setelah
siasatan lengkap dilakukan,” katanya.
Haris bagaimanapun berkata berdasarkan kepada klip video
berkenaan, premis itu nampaknya tidak mempunyai sijil halal.
“Ini kerana proses untuk mendapatkan sijil halal bagi
pusat penyembelihan perlu melalui syarat-syarat ketat termasuk dari aspek
kebersihan,” katanya.
Video berdurasi tiga minit 40 saat yang dikongsi di media
sosial itu antara lain memaparkan seorang pekerja menyembelih beberapa ekor
ayam tanpa mengikut hukum syarak sebelum dibiarkan mati dengan mencampakkannya
ke dalam bekas besar berisi air.
Ia turut menunjukkan ayam yang telah disembelih diuruskan di
atas lantai simen yang dipenuhi darah oleh beberapa pekerja lain.
— Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel