Connect with us

Berita Lain

Audit: 15 projek bekalan air kawasan Orang Asli Pahang gagal


Sebanyak 15 projek sistem rawatan air bernilai RM29.23 juta
yang dibangunkan bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Kawasan Orang
Asli (KOA) Pahang tidak dapat digunakan sekaligus gagal memberi nilai tambah
kepada masyarakat itu.
Perkara itu antara yang ditegur oleh Ketua Audit Negara
dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 berdasar pemeriksaan fizikal Audit
pada Januari hingga Mac 2018 di 27 KOA yang disemak di negeri itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut laporan itu, masalah sumber air yang terhad,
kontraktor penyelenggaraan tidak dilantik atau pembaikan lewat dibuat dikenal
pasti antara punca projek itu tidak dapat digunakan.
“Ini telah menyebabkan rumah pam ditinggalkan terbiar
dan peralatan seperti bateri generator dan air compressor hilang,” menurut
laporan itu.
Antara yang terbabit ialah KOA Ulu Kenip, Belida Baru, Sg
Mas, Lubuk Perah, Kuala Boh, Sg Loon, Menson dan Pathir yang terpaksa
menggunakan sumber air dari perigi terbuka dan air hujan sebagai alternatif
untuk mendapatkan sumber air untuk kegunaan harian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Manakala KOA lain juga menggunakan alternatif lain termasuk
membuat paip pintasan (bypass) , sistem tubewell dan sistem tandak untuk
mendapatkan sumber air bersih.
Program BALB di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB) yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah bertujuan menyediakan dan memperluas liputan bekalan air bersih dan
terawat supaya taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat di kawasan luar
bandar seluruh negara dapat dipertingkatkan dengan sasaran sebanyak 90 peratus
liputan menjelang 2020.
Selain itu, laporan itu turut membangkitkan mengenai
pertindihan program BALB yang dilaksanakan KPLB dan program Bekalan Air dan
Kebersihan Alam (Bakas) yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
yang disifatkan perlu diteliti semula.
Selain itu, laporan berkenaan turut membangkitkan berkenaan
perolehanan perkhidmatan lima unit kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan dua
unit motosikal bernilai RM1.07 juta serta perolehan peralatan (komputer,
pencetak, kamera digital, mesin faksimili serta telefon) bernilai RM72,230 yang
dilaksanakan dan dibuat tanpa kelulusan Jawatankuasa Perolehan Melalui Kontrak
(JPMK).

Pihak audit juga mendapati caj tidak wajar sebanyak RM17,000
bagi penyediaan dokumen kontrak, tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan
untuk kakitangan awam telah dimasukkan dalam ‘preliminaries’ untuk dua kontrak.
Susulan penemuan itu, uudit antara lain mengesyorkan KPLB
melaksanakan penilaian ‘outcome’ bagi memastikan peruntukan yang dibelanjakan
dapat diukur keberkesanan pencapaiannya serta membuat pemantauan berkala
terhadap status pengoperasian sistem air terawat yang dibangunkan.
KPLB dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sebagai antara
agensi pelaksana juga hendaklah melaksanakan kajian awalan yang teliti bagi
memastikan sistem terbaik dilaksanakan supaya dapat memberi manfaat kepada
kumpulan sasaran selaras objektif yang ditetapkan. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel