Connect with us

Berita Lain

Audit: FINAS diberi pendapat bertentangan bagi tiga tahun berturut-turut


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) gagal
mengesahkan ketepatan Baki Geran Tertunda dan Dana berjumlah RM95.22 juta. Ini
kerana pelunasan geran dan dana bagi tahun berakhir 31 Dis 2017 berjumlah
RM112,52 juta tidak mengambil kira pelunasan berjumlah RM95.01 juta melibatkan
perbelanjaan tahun 2017.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut laporan Ketua Audit Negara tahun 2017 Siri 2,
kegagalan itu antara asas agensi itu diberikan Pendapat Bertentangan bagi tiga
tahun berturut-turut kerana terdapat salah nyata material dan pervasif dalam
penyata kewangan.
“Antaranya kegagalan merekodkan nilai hartanah, loji dan
peralatan menyebabkan aset terkurang nyata, baki penghutang/ pemiutang yang
berbeza dengan laporan pengumuran, pendahuluan/geran yang tidak disahkan
ketepatannya dan ketidakpatuhan terhadap MPERS (Malaysian Private Entities Reporting
Standard) bagi seksyen 5, 11, 18, 24, dan 32,” menurut laporan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Antara Pendapat Bertentangan yang diberikan adalah berkaitan
hartanah, loji dan peralatan iaitu tidak direkodkan pada nilai penilaian semula
seperti yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada
tahun 2015 berjumlah RM19.28 juta menyebabkan aset telah terkurang nyata
sebanyak amaun itu.
Selain itu, tanah dan bangunan juga tidak diakaunkan secara
berasingan melibatkan nilai buku bersih bangunan berjumlah RM696,847 manakala
pembelian tanah dan bangunan di Kuching Sarawak bernilai RM1.40 juta tidak
direkodkan.
Turut diberikan Pendapat Bertentangan ialah peralatan dan
bangunan di Mix Stage Hulu Klang yang tidak diakaunkan secara berasingan. Ini
melibatkan nilai buku bersih bangunan berjumlah RM18.15 juta serta rosot nilai
tidak diakaunkan bagi aset di Mix Stage Hulu Klang yang tidak digunakan sejak 1
Jan 2016.
Finas turut tidak mengiktiraf kos pembangunan sistem
kewangan berjumlah RM359,469 sebagai Aset Tidak Ketara seperti mana ketetapan
Perenggan 18.4 MPERS Seksyen 18 Aset Tidak Ketara Selain Muhibbah untuk “Work
In Progress”.
Laporan itu turut menyebut asas kepada Pendapat Bertentangan
turut melibatkan pendahuluan dan penghutang pinjaman yang tidak disahkan FINAS,
Penghutang Sewaan dengan baki tidak dikutip berjumlah RM468,032 sejak 31 Dis
2016, Penghutang Pelbagai iaitu baki Penghutang Pelbagai di penyata kewangan
berbeza dengan laporan pengumuran penghutang berjumlah RM2.45 juta manakala
baki Penghutang Sewaan berjumlah RM2.78 juta tidak dikutip sejak tahun terakhir
31 Dis 2016.
Laporan itu turut menyebut baki geran tertunda dan dana
berjumlah RM95.22 juta tidak dapat disahkan ketepatannya kerana peluasan geran
dan dana bagi tahun terakhir 31 Dis 2017 berjumlah RM112.52 juta tidak
mengambil kira pelunasan berjumlah RM95.01 juta melibatkan perbelanjaan tahun
2017.
Menurut laporan itu Finas juga tidak melaksanakan tindakan
melucut hak deposit filem berjumlah RM8.64 juta seperti keperluan Perenggan 10
(1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel