Connect with us

Berita Lain

Bekas peguam negara bakal didakwa?



KUALA LUMPUR: Apakah seorang bekas peguam negara bakal didakwa di mahkamah?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, membayangkan kemungkinan wujud ruang untuk perkara itu berlaku.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami selalu terfikir bolehkah peguam negara didakwa? Apakah seorang bekas peguam negara juga akan didakwa? Saya tidak tahu berlaku ke tidak tetapi tidak mustahil di bawah kerajaan sekarang. 
“Mungkin untuk kali pertama dalam sejarah, bekas peguam negara didakwa oleh peguam negara sekarang.
“Walaupun tiada pindaan (Perlembagaan Persekutuan), kita telah mula langkah untuk menunjukkan kita amat serius dalam isu ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PH PKR-Sungai Petani) yang mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan bagi memudahkan perbincangan berhubung pemisahan fungsi Peguam Negara dan pendakwa raya.
Mohamed Hanipa berkata, beberapa perubahan besar sudah dilaksanakan sejak pelantikan peguam negara baharu, termasuk pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya berani katakan ada perubahan besar sebab apabila kerajaan lantik Peguam Negara baharu, kita tak pernah terfikir yang kita boleh dakwa seorang bekas Perdana Menteri.
“Kita sudah tengok bagaimana beliau dibawa ke mahkamah dan bagaimana ‘mastermind’ dalam kes itu iaitu Jho Low (ahli perniagaan, Low Taek Jho) turut didakwa,” katanya.
Mohamed Hanipa berkata, sistem perundangan negara tetap melalui fasa perubahan besar walaupun pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya belum dapat dilaksanakan.
Katanya, pemisahan kuasa yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) itu memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bagi membolehkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
“Kita mahukan pemisahan itu berikutan wujudnya ‘conflict of interest’ (pertembungan kepentingan) tapi pada masa sama, kita ada kekangan iaitu tiada majoriti dua pertiga.
“Kalau nak pinda Perlembagaan, berdasarkan Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan, ia memerlukan dua pertiga (majoriti di Dewan Rakyat).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Buat masa ini kita tidak ada dua pertiga dan kita tak mahu ambil risiko apabila kita bentang, tak lulus.
“Isu ini memang sudah dibincangkan, cuma belum ada keputusan dibuat oleh Kabinet. Ia mungkin berlaku tapi saya tidak tahu bila,” katanya.
Jawapan Mohamed Hanipa itu menarik perhatian dua wakil pembangkang iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang memberi jaminan akan menyokong pindaan terbabit apabila tiba masanya.
-Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel