Connect with us

Berita Lain

Bersubahat dengan Najib, Arul Kanda dituduh ubah laporan audit 1MDB


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul
Kanda Kandasamy hari ini hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi
pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Arul Kanda Kandasamy dibawa keluar dari ibu pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada kira-kira 7.35 pagi
ini.
Arul Kanda dibawa dengan menaiki kereta Honda Odyssey dalam
konvoi empat buah kereta yang keluar dari ibu pejabat SPRM yang didahului oleh
kenderaan polis. Konvoi berkenaan diiringi polis trafik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Arul Kanda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas
tuduhan bersubahat dengan bekas PM Najib Razak berhubung pindaan Laporan Akhir
Pengauditan 1MDB
Mahkamah benar Arul Kanda diikat jamin RM500,000 dengan
seorang penjamin serta perlu serah pasport antarabangsa.
Najib tiba di Kompleks Mahkamah Persekutuan pada kira-kira
8.35 pagi diiringi anaknya Mohd Ashman manakala Arul Kanda tiba setengah jam
sebelum itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu
kenyataan semalam memaklumkan bacaan pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah
Sesyen untuk kedua-dua individu itu secara berasingan.
Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad
mendedahkan Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir
Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.
Antara pengguguran maklumat itu ialah membabitkan kehadiran
ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga
Pengarah 1MDB.
— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel