Connect with us

Berita Lain

DAP mengetuai PRK cameron highlands



SEMUA parti komponen Pakatan Harapan (PH) Pahang sudah menyatakan persetujuan untuk melantik DAP sebagai pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang dijadualkan 26 Januari ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pahang, Wan Mohd Shaharir Wan Abdul Jalil berkata, keputusan itu adalah berdasarkan persefahaman antara semua parti komponen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan memandangkan kerusi Parlimen berkenaan adalah milik DAP.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia (kerusi Parlimen Cameron Highlands) milik DAP, jadi memang mereka yang patut mengetuai PRK itu… jentera BERSATU juga akan turut sama membantu dalam kempen seperti PRU-14 lalu.
Mesyuarat membabitkan semua pimpinan parti komponen PH Pahang akan diadakan tidak lama lagi bagi menyelaras gerak kerja untuk berdepan calon daripada parti lawan… saya difahamkan, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan besar akan meletakkan calon sama daripada MIC untuk PRK kali ini,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.
Kerusi Parlimen itu dimenangi BN menerusi calonnya, Datuk C Sivarrajh pada PRU-14, namun diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu.
Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Sivarraajh.
Sivarajjh memenangi kerusi Parlimen berkenaan yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.
Sivarraajh memperoleh 10,307 menewaskan Manogaran dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).
Manogaran, 59, memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu, memohon pengisytiharan keputusan PRU-14 untuk kerusi Parlimen itu terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ia berikutan Manogaran mendakwa, Sivarraajh merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, mengulas mengenai kawasan tumpuan utama jentera kempen BERSATU Pahang, Wan Mohd Shaharir berkata, mereka akan memberi tumpuan kepada kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai memandangkan parti itu bertanding di kerusi DUN terbabit pada PRU-14 lalu.
“Kita (jentera kempen BERSATU) akan tumpukan gerak kerja dan program di kawasan DUN Jelai memandangkan kawasan ini antara kawasan penting dan dimenangi oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Selain itu, petugas kita juga akan sama-sama membantu kempen di kawasan lain seperti di Tanah Rata dan Cameron Highlands juga,” katanya.

-metro online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel