Connect with us

Berita Lain

“Dosa rasuah dari segi agama, kesan terhadap Melayu tak kira asal puaskan nafsu”

Dr Mahathir sebelum ini mengakui kes rasuah di zaman beliau
menjadi PM kali pertama tidaklah seburuk kejadian ketika beliau menjadi PM buat
kali kedua.
Seri Kembangan: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari
ini melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang semakin menjadi suatu
perkara biasa dalam kalangan masyarakat sehingga sanggup mengetepikan kesannya
terhadap bangsa dan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Gejala itu yang disifatkan beliau sebagai ‘’memperasuahan’’,
yang bermakna perbuatan menyemai sifat buruk dalam masyarakat sehingga menjadi
sebahagian dari budayanya.
“Saya tidak tahu sama ada “memperasuahan” adalah satu
perkataan dalam Bahasa Melayu. Tetapi sama ada perkataan ini ada atau tidak,
perbuatan memperasuahan memang kerap dilakukan dalam masyarakat manusia.
Masyarakat yang terima budaya ini, tidak lagi berasa segan
atau malu dengan pemberian dan penerimaan rasuah, yang kadang-kadang disebut
sebagai “tumbuk rusuk” atau “makan suap”, katanya dalam catatan terbaharu di
blognya chedet.com dengan tajuk ‘MEMPERASUAHAN ORANG MELAYU’ malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya biasanya masyarakat menganggap rasuah sebagai satu
amalan yang keji dan buruk, tetapi mereka yang mengamal perbuatan itu akan
menyembunyi perbuatan mereka kerana sedar yang ianya adalah sesuatu amalan yang
salah di sisi undang-undang dan agama.
Bagaimanapun apabila amalan rasuah diterima masyarakat
sebagai perkara biasa yang boleh diamal secara terbuka, maka tidak lagi ada
perasaan segan silu apabila melakukannya, baik oleh pemberi atau penerima.
Di zaman pemerintahan yang percaya “cash is king” atau “wang
adalah raja”
maka pemberian dan penerimaan rasuah menjadi satu daripada nilai
hidup dan budaya, terutama dalam kalangan orang Melayu, katanya.
“Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau
pemberian yang diminati. Soal baik buruk sesuatu yang diberi atau diarah tidak
termasuk dalam pertimbangan.
Percanggahan dengan undang-undang, bahkan berdosa dari segi
agama tidak diambil kira. Yang diutamakan ialah pendapatan yang memuaskan
nafsu,”katanya.
Kata Dr Mahathir masyarakat sedia maklum bahawa sogokan
dianggap sebagai perbuatan yang tidak baik dan dilarang, namun penerima tidak
berfikir panjang.
“Baik, tidak baik…tetapi sogokan memuaskan nafsu dan
dipercayai menguntungkan. Oleh itu terima sahajalah. Kesan buruk terhadap
masyarakat adalah perkara remeh.
“Sudah tentu perasaan kebangsaan dan kesan terhadap bangsa
dan negara tidak lebih utama dari nafsu penerima rasuah,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel