Connect with us

Berita Lain

Hanya 25 individu terima darjah, bintang kebesaran Selangor



SHAH ALAM, 4 Dis — Hanya 25 individu daripada 791 pencalonan terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-73 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Dis ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya berkata daripada 25 penerima itu, tiga individu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.


Sementara tiga individu menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Setia’ dan sembilan individu menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk’, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau berkata 10 individu lagi menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Semua penerima telah melepasi tapisan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, katanya.
Mohd Amin berkata pada tahun ini, kerajaan negeri menerima 1,801 permohonan dan daripada jumlah itu, sebanyak 791 adalah permohonan pencalonan bagi darjah dan bintang kebesaran. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel