Itu antara tiga sebab utama mengapa pada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO meninggalkan parti itu seperti yang digariskan oleh bekas Panel Pemikir Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Menurut Tun Faisal melalui catatan di Facebooknya, isu hala tuju tidak perlu timbul kerana Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menjelaskannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2018 yang lalu.

Katanya, sebab utama mereka lompat adalah hilang punca pendapatan, tiada lagi peruntukan dan tidak mahu didakwa oleh kerajaan baharu.

“Berdasarkan pemerhatian, Ahli Parlimen dan ketua-ketua bahagian tertentu ini keluar parti atas tiga sebab utama.

“Pertama, hilang punca pendapatan terutama bagi mereka yang mengharapkan projek kerajaan. Kedua, tiada peruntukan untuk menjaga kawasan.

“Ketiga, tidak mahu didakwa oleh kerajaan Pakatan Harapan melalui Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), polis, Peguam Negara dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri),” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Katanya, apabila para wakil rakyat dan ketua bahagian itu lompat bersama dengan kerajaan, pastinya tiga masalah itu tidak lagi menghantui mereka.

“Faktor-faktor ini menjadikan mereka terdesak dan keluar parti sedangkan pemimpin lapisan kedua, ketiga dan ahli-ahli biasa UMNO yang tiada tiga masalah ini tidak terdesak meninggalkan parti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE