Connect with us

Berita Lain

Isa berdepan 10 pertuduhan

Isa Samad didakwa satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan
pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta isu hotel di Kuching. ―
Foto oleh Miera Zulyana

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini
didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas satu pertuduhan pecah amanah
dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi
meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Syarikat Felda
Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, Mohd Isa, 69, mengaku tidak bersalah selepas
kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di
hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Isa didakwa sebagai Pengarah
Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd, yang diamanahkan dengan dana
syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas dana tersebut dengan
meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching,
Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Anggota Lembaga Pengarah Felda.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perbuatan itu bertentangan dengan keputusan Mesyuarat
Anggota Lembaga Pengarah Felda Bilangan 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat
berkenaan pelaksanaan amanah itu yang mana Anggota Lembaga Pengarah Felda
memberi mandat kepada Anggota Lembaga Pengarah Syarikat FIC Sdn Bhd dalam
membuat keputusan pelaburan melibatkan projek bernilai RM100 juta ke bawah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 50, Menara
Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini pada 29 April 2014
mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua hingga ke-10, Mohd Isa didakwa telah
secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai, yang
kesemunya berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan Zaidel iaitu Anggota Lembaga
Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd melalui Muhammad Zahid Md
Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel &
Suites di Kuching oleh pihak Syarikat FIC Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.
Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49,
Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini antara 21 Julai
2014 dan 11 Dis 2015.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen
24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda
tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut
yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar
Saifuddin Jaafar manakala Mohd Isa diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan
peguam Ridha Abdah Subri. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel