Connect with us

Berita Lain

Isu Waytha, kerajaan PH perlu bertanggungjawab – Hasni



JOHOR BAHRU – Pendirian Kerajaan PH harus jelas kepada rakyat terhadap isu yang melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.


Pengerusi Umno Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, berikutan itu, kerajaan perlu menjawab semua persoalan tentang desakan agar Waytha Moorthy melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Isu ini bukan sahaja melibatkan Waytha Moorthy tetapi Kerajaan Persekutuan perlu mengambil tanggungjawab penuh dalam hal ini, pendirian kerajaan harus jelas kepada rakyat.


“Ini termasuk kedudukannya sebagai menteri. Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak seharusnya senyap dalam hal ini,” katanya.


Hasni mengulas isu satu petisyen digerakkan melalui platform change.org dilancarkan baru-baru ini sebagai manifestasi kekecewaan terhadap Waytha Moorthy yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik sebagai Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial.


Petisyen itu sehingga kini sudah mengumpul lebih 300,000 tanda tangan dan inisiatif tersebut dilakukan selepas negara digemparkan dengan kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib, 24, pada 17 Disember lalu akibat rusuhan kuil di Seafield.


Insiden itu menyebabkan ramai pihak termasuk Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin dan Timbalan Ketua PKR Permatang Pauh, Dr Afif Baharuddin mahu Waytha Moorthy meletakkan jawatan atas dasar tanggungjawab.


Dalam pada itu, mengulas tindakan Waytha Moorthy bertemu 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini pada Ahad lalu untuk meraih sokongan, ketua pembangkang negeri itu menjawab, perkara itu tidak wajar memandangkan keadaan rakyat masih bersedih dengan pemergian Muhammad Adib.


“Tindakan berjumpa (dengan 20 NGO Johor) sepatutnya dielakkan. Ini adalah perkara yang sensitif dan perasaan ahli keluarga perlu dihormati,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Terdahulu, di sebalik desakan dan tekanan supaya Waytha Moorthy melepaskan jawatan sebagai Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, terdapat 20 NGO di negeri ini menyatakan sokongan terhadapnya, Ahad lalu.


Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) Johor, Y Mohan berkata, Waytha Moorthy tidak patut dipersalahkan dalam konflik kuil di Seafield, Selangor sehingga mengakibatkan kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim.


-Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel