Connect with us

Berita Lain

‘ Jangan kecam ahli umno kerana kesalahan pemimpin mereka ‘



PUTRAJAYA – Bersatu menetapkan syarat ketat untuk bekas pemimpin Umno menyertai parti itu termasuk tidak memberikan mereka jawatan.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu hanya menerima bekas ahli Umno yang tidak terbabit atau menunjukkan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain cenderung memilih mereka yang menyokong kerajaan PH.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Katanya, tidak adil untuk mengecam semua bekas ahli Umno yang mahu menyertai Bersatu disebabkan kesilapan pemimpin dalam parti Melayu tertua itu.

“Jangan kecam semua ahli Umno kerana kesalahan dibuat pemimpin mereka. Sebahagian mereka sangat komited dan sebahagian lagi tidak komited. Individu-individu ini (bekas ahli Umno yang menyertai Bersatu) hanyalah pengikut kerana mereka tidak terlibat dalam membuat polisi Umno mahupun memimpin parti itu.

“Mereka merasakan Umno sudah tidak lagi berpegang pada prinsip parti dan mahu keluar (Umno). (Tetapi) mereka masih berminat dalam politik dan sebahagian mereka mahu menyertai Bersatu, tetapi kita menetapkan syarat bahawa mereka tidak akan dapat jawatan dalam Bersatu,” katanya dalam sesi wawancara bersama media di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa bekas wakil rakyat daripada Umno yang menyertai Bersatu.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sah sertai Bersatu selepas menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mahathir.
Selepas Mustapa, bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, mengumumkan menyertai Bersatu.

Dr Mahathir berkata, bekas pemimpin Umno yang melepasi saringan menyertai Bersatu masing-masing mempunyai penyokong tersendiri, sekali gus mengukuhkan kedudukan Bersatu dan PH dalam meraih sokongan rakyat terutama kaum Melayu.

“Dalam pilihan raya lalu, Melayu masih menyokong Umno. Jadi Umno masih lagi popular di mata orang Melayu. Mereka akan menyokong Bersatu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu tidak akan menerima beberapa pemimpin dalam Umno untuk menjadi ahli Bersatu.

“Pemimpin-pemimpin ini ‘no way’ masuk Bersatu. Mereka terlibat dengan beberapa kes selain berdepan dengan tuduhan di mahkamah.

“Orang seperti ini, kita tak boleh terima,” katanya.
Walaupun kebanyakan pemimpin Bersatu datang daripada bekas pemimpin Umno, Dr Mahathir menegaskan, mereka tidak mudah terpengaruh dengan apa yang dibawa bekas pemimpin Umno yang menyertai parti itu.

Menurutnya, Bersatu juga mengambil kira suara rakan-rakan komponen dalam PH mengenai isu penghijrahan bekas pemimpin Umno ke parti itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Kita tidak mahu (orang) memberikan tanggapan bahawa Umno mengambil alih Bersatu atau mana-mana parti dalam PH. Kita sangat serius dalam ‘betting’ bekas pemimpin Umno menyertai Bersatu,” katanya.

-sinar harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel