Connect with us

Berita Lain

Kakitangan Honda perlekeh kematian Adib akhirnya dibuang kerja

Foto oleh YOY Network

Baru-baru ini media sosial dikejutkan dengan tindakan
seorang wanita meninggalkan komen yang dianggap biadap dan mempersendakan agama
Islam susulan kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, Isnin
lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tindakan wanita tersebut yang merupakan salah seorang staf
di Honda Sri Utama Auto, Setapak di Selayang turut menarik perhatian majikannya
yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan berjanji untuk
menyiasat perkara berkenaan.
Sebentar tadi, melalui kemas kini di laman facebook wakil
pengedar Honda Malaysia itu, mengesahkan bahawa wanita berkenaan sudahpun
dipecat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

”Kami ingin memaklumkan hasil siasatan dalaman yang dibuat,
kami mendapati staf tersebut sudahpun melanggar polisi syarikat disebabkan
tingkah lakunya itu.
”Justeru, staf tersebut sudahpun dipecat daripada jawatannya
di Sri Utama Auto Sdn Bhd serta-merta,” kata kenyataan tersebut.
Pihak Sri Auto juga sekali lagi memohon maaf kepada semua
pihak yang terguris dengan komen tidak beretika yang dibuat oleh stafnya
sebelum ini, terutama kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib.
”Kami akan menambah baik modul latikan terhadap semua
pekerja kami bagi memastikan mereka mengamalkan moral yang tinggi dan saling
menghormati semua hak individu sepanjang masa.”
Sumber : Honda Sri Utama Auto/Siakap Keli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel