Connect with us

Berita Lain

Kapal Singapura ceroboh Malaysia dulu

Malaysia mengesyorkan kedua-dua negara berhenti menghantar
kapal pertahanan ke kawasan yang menjadi pertikaian sehinggalah suatu
perbincangan diadakan mengenai isu-isu sempadan kelautan.
Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata telah menyampaikan
perkara ini kepada republik itu melalui Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala
Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah
mengemukakan draf agenda untuk mesyuarat itu ketika bertemu dengan rakan
sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Singapura bulan lepas.
Beliau berkata Malaysia juga telah menyuarakan bantahan
terhadap keputusan Singapura untuk memperluaskan sempadan pelabuhan di luar
kawasan Tuas.


Saifuddin berkata, Pekeliling Marin Pelabuhan Singapura No
9, bertarikh 6 Disember, lalu merupakan pembesaran sempadan pelabuhan yang
dibuat secara sepihak serta menceroboh sempadan pelabuhan Johor Bahru yang
ditunjukkan di bawah Gazette PU (B) 587 2018, bertarikh 25 Oktober.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Ia pelanggaran yang jelas terhadap kedaulatan Malaysia dan
undang-undang antarabangsa. Kerajaan Malaysia menggesa kerajaan Singapura untuk
menarik kembali Pekeliling Pelabuhan Marin No 9,” katanya.
Kenyataan Saifuddin hanya beberapa jam selepas Menteri
Pertahanan Singapura Ng Eng Hen “memberi amaran keras” terhadap kapal-kapal
Malaysia yang “menceroboh” perairan Singapura.
Ng juga mengepilkan hantaran klip video yang tidak bertarikh
yang memaparkan kapal polis pengawal pantai (PCG) Singapura yang memberi amaran
kepada sebuah kapal Jabatan Laut Malaysia.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan Menteri Pengangkutan
Singapura, Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan mendakwa kapal kerajaan Malaysia
secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali
pencerobohan setakat ini.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna
twitter, Matthäus Hetzenauer yang telah berkongsi video yang didakwanya sebagai
tindakan agresif daripada Pasukan Pengawal Pantai Singapura ketika menghampiri
salah sebuah bot dipercayai milik agensi kesemalatan negara.
Menurutnya, tindakan penguatkuasa negara republik itu kerana
mendakwa bot dipercayai milik agensi keselamatan Malaysia itu telah menceroboh
wilayah negara itu.
Katanya lagi, bot milik agensi Singapura itu juga
dikendalikan dengan bahaya sehingga menyebabkan berlaku percikan air kepada
penumpang bot milik negara ini.
Dakwa Matthäus Hetzenauer, tindakan yang diambil oleh bot
agensi keselamatan Singapura itu sebagai kurang ajar.
Apa-apa pun diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan
baik kerana kedua-dua buah negara ini sudah hidup berjiran dalam keadaan aman
damai untuk tempoh yang lama.


Sumber Siakap-Keli: Matthäus Hetzenauer

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel