Connect with us

Berita Lain

Mahdzir dijangka didakwa tahun depan



PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dijangka berhadapan pendakwaan berhubung projek panel solar sekolah luar bandar di Sarawak tahun depan.
Sumber berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini masih menunggu keizinan mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi pertuduhan di mahkamah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau dijangka didakwa tahun depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Advertisement
Sementara itu Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO memberi keterangan selama tiga jam bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan hari ini.
Sumber berkata, SPRM selesai mengambil keterangan Mahdzir pada jam 12 tengah hari tadi.
Semalam, beliau memberi keterangan lebih lapan jam kepada SPRM bagi membantu siasatan kes sama.
Pada Oktober lalu, Mahdzir kali pertama dipanggil SPRM sebelum memberi keterangan selama lima jam berhubung skandal projek panel solar berkenaan.
Sebelum ini laporan media yang memetik sumber mendakwa seorang bekas menteri akan dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini berhubung projek berkenaan
Pada mulanya, bekas menteri terbabit dijanjikan habuan berjumlah jutaan ringgit untuk Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak, namun akhirnya hanya menerima RM50,000 sahaja.
“Secara keseluruhan projek berkenaan adalah bernilai RM1.25 bilion dengan rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan,” katanya.
Katanya, kedua-dua kesalahan meminta dan menerima suapan itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM, dan sekiranya didapati bersalah dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan bagi setiap pertuduhan.
Selain bekas menteri ini, terdapat juga individu lain yang akan didakwa atas kesalahan meminta wang daripada Pengarah Urusan, Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Pada 15 November lalu, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, didakwa bersama bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor, dengan menerima rasuah berkaitan dengan projek itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rosmah dikatakan cuba memperoleh RM187.5 juta dari Saidi antara Mac dan April 2016, iaitu 15 peratus daripada nilai kontrak yang ditawarkan sebagai dorongan untuk membantu syarikat memperoleh projek melalui rundingan terus dari Kementerian Pendidikan.
Rosmah juga didakwa menerima suapan sebanyak RM1.5 juta daripada Saidi untuk membantu beliau memperoleh kontrak itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 7 September tahun lalu di kediaman di Taman Duta, di sini.
-Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel