Connect with us

Berita Lain

Malaysia jadi ‘Harimau Asia’ jika tolak rasuah, kata PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto oleh Yusof Mat Isa

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata Malaysia dan rakyat Malaysia hanya boleh menganggap diri mereka maju
apabila mereka menolak rasuah dan menghentikan amalan itu.
Beliau berkata Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada
isu rasuah jika mereka mahu berada dalam ranking negara maju dan muncul semula
sebagai “Harimau Asia.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita tidak boleh mencapainya dengan mengambil jalan pintas
untuk berjaya,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada majlis
penyampaian Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Sheikh Tamim Bib Hamad Al-Thani
2018 di sini hari ini.
Turut hadir Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, dan
tokoh-tokoh utama anti rasuah global iaitu Peguam Negara Qatar Dr Ali Fattais
Al Marri, Pengarah Eksekutif Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah
dan Jenayah (UNODC) Yury Fedatov dan menteri kabinet Malaysia.
Dr Mahathir berkata Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu
bukan sahaja untuk melenyapkan apa yang dilabelkan sebagai “kleptokrasi” tetapi
juga untuk mengingatkan semua di Malaysia bahawa rasuah bukan sesuatu yang
boleh dibenarkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ia harus dipandang dengan rasa jijik dan benci,” kata
beliau sambil menambah hanya dengan mengurangkan amalan rasuah, kerajaan dan
negara boleh bergerak ke hadapan.
“Sudah tiba masanya untuk Malaysia berada dalam kelompok
negara maju lagi berkebolehan dan biarlah dunia tahu bahawa kita adalah sebuah
negara yang kuat menghormati demokrasi dan kedaulatan undang-undang,” kata
beliau.
Dr Mahathir menarik perhatian bahawa rakyat Malaysia mesti
memastikan bahawa usaha dijalankan untuk meningkatkan tadbir urus dan
memperkenalkan inisiatif anti rasuah bertujuan menghentikan amalan rasuah dan
penyalahgunaan kuasa.
Perdana Menteri menekankan bahawa rasuah adalah satu perkara
sangat buruk yang boleh membawa kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kepada
masyarakat dan negara.
Justeru, bukanlah mereka yang melibatkan diri dalam rasuah
yang patut kita sasarkan  tetapi
sebaliknya kita harus menyanjung mereka yang berusaha untuk memerangi rasuah
setiap hari, “ kata beliau.
Dr Mahathir juga menegaskan bahawa Malaysia harus
mempertahankan nilai-nilai intigriti dan tadbir urus yang baik di negara ini
dan dalam mana-mana organisasi kerana amatlah penting untuk meningkatkan nilai
dan standard mereka tanpa mengambil kira warna kulit atau kepercayaan.
Mengenai acara itu, Dr Mahathir berkata ia adalah
pengiktirafan penting dari masyarakat antarabangsa mengenai usaha Malaysia
dalam memerangi rasuah apabila setiap negara perlu bekerjasama dan belajar dari
satu sama lain mengenai isu rasuah dan tadbir urus yang baik.
“Saya berharap acara ini akan memperkasakan anggota sektor
awam dan swasta untuk menyedari bahawa hanya integriti dan tadbir urus yang
baik yang membolehkan negara berkembang, membangun, makmur dan terus bergerak
maju,” kata beliau selaras dengan keputusan jawatankuasa untuk memilih
Putrajaya bagi acara tahun ini.
Putrajaya ialah bandaraya ketiga menjadi hos acara tersebut
selepas Vienna (2016) dan Geneva (2017).
Dr Mahathir juga mengumumkan bahawa Malaysia berikrar untuk
menyumbang sebanyak RM500,000 kepada dana International Association of Anti
Corruption Authorities (IAACA) sebagai cara untuk menunjukkan sokongan kepada
usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan oleh banyak pemimpin Pihak Berkuasa
Anti-Rasuah di seluruh dunia .
“Kami berharap inisiatif secara kecilan ini akan
menggerakkan usaha untuk IAACA mengumpulkan lebih banyak dana untuk membantu
keluarga wira-wira yang gugur,” katanya.
Dr Mahathir dan Emir Qatar kemudian menyampaikan empat
kategori anugerah kepada calon-calon atas usaha memperjuangkan usaha memerangi
rasuah di negara masing-masing.
Anugerah-anugerah tersebut adalah Penyelidikan dan
Pendidikan Akademik Anti Rasuah, Kreativiti dan Keterlibatan Belia Anti Rasuah,
Inovasi Anti Rasuah dan Pencapaian Sepanjang Hayat/Pencapaian Cemerlang Anti
Rasuah. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel