Connect with us

Berita Lain

Pemuda PH: Mohon maaf pada rakyat sebelum tukar parti


Pemuda Pakatan Harapan (PH) menggesa pimpinan parti gabungan
itu melakukan semakan dan saringan ketat terhadap mana-mana individu atau
kumpulan pembangkang yang ingin menyertai PH.
Pemuda PH dalam satu kenyataan hari ini berkata syarat ketat
harus dikenakan kepada mereka seperti lulus saringan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), mengisytihar harta secara telus dan tidak diberi
jawatan penting dalam kerajaan pusat atau negeri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PH Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan Ketua Armada Bersatu dan tiga Timbalan
Ketua Pemuda PH Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR), Mohd Sany Hamzan (Amanah)
serta Howard Lee Chuan How (DAP).
“Paling penting, (mereka perlu melakukan) permohonan maaf
secara terbuka kepada rakyat atas keputusan menyokong kerajaan terdahulu
sebelum dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Mereka juga diharuskan
untuk menjadi Anggota Parlimen Bebas terlebih dahulu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pimpinan PH hanya boleh menerima kumpulan ini jika
benar-benar berpuas hati mereka telah melepasi syarat yang dikenakan ini.
Pemuda PH juga ingin menegaskan bahawa pertukaran parti politik tidak boleh
sama sekali memberi pengecualian untuk sebarang bentuk siasatan salah laku dan
ketirisan dikenakan kepada mana-mana individu,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, proses saringan perlu jelas,
telus dan wajib dilaksanakan oleh semua parti komponen PH iaitu Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum
membuat keputusan untuk menerima kemasukan anggota baharu yang terdiri daripada
mereka yang meninggalkan parti asal.
Pemuda PH juga mengingatkan kerajaan agar tidak melupakan
mandat yang diberikan melalui undi PRU14 yang lepas kerana anak muda mahukan
kerajaan berintegriti dan bermaruah, bukannya yang mendahulukan kuasa dan
kepentingan politik.
“PH bukan satu lesen untuk mencari kekayaan harta dan
pengaruh kuasa. Pakatan Harapan perlu menolak apa jua bentuk kleptokrasi,
rasuah dan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan UMNO atau Barisan Nasional
(BN). Tidak boleh ada kompromi dalam isu sebegini.
“Kerajaan PH perlu sentiasa komited untuk menjunjung prinsip
kepimpinan yang melayani (servant leadership) yang mana kepentingan dan
keperluan rakyat mestilah diutamakan melebihi kepentingan sempit politik
kepartian yang mendambakan nyawa baru selepas rumah lama dimakan anai-anai
kleptokrasi,” kata kenyataan itu. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel