Connect with us

Berita Lain

Pendakwaan buat u-turn, kata peguam Najib



KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan, pihak pendakwaan membuat pusingan U apabila pertuduhan yang dikemukakan terhadap anak guamnya hari ini bercanggah dengan beberapa kenyataan yang dilaporkan sebelum ini.

Muhammad Shafee berkata, sebelum ini anak guamnya dikatakan kononnya telah mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda sedangkan pernyataan dalam kertas pertuduhan mendakwa Najib mengarahkan laporan itu dipinda ketika laporan itu disediakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Anak guam saya sebelum ini dikatakan meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sedangkan dalam pertuduhan menyatakan beliau mengarahkan laporan itu dipinda sebelum dibentangkan,” katanya.

Jelasnya ‘pindaan’ hanya boleh dilakukan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, namun pertuduhan menyatakan Najib membuat beberapa arahan semasa laporan 1MDB masih di peringkat draf.

“Kalau buat pindaan, bermakna laporan itu sudah siap tetapi Najib arah perkara itu diubah,” katanya.

Jelasnya, sekiranya Najib mengarahkan laporan itu dipinda, ini bermakna laporan itu telah siap dan sedia untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC).

“Pihak pendakwaraya sekarang berkata Najib tidak lakukan perkara itu tetapi membuat beberapa arahan semasa laporan itu masih di peringkat draf,”katanya.

Tambah Muhammad Shafee, bekas Ketua Audit Negara yang menyediakan laporan itu juga menyatakan tiada siapa yang arahan beliau untuk membuat pindaan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, mendedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan pindaan dibuat terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB kerana ia dianggap kerajaan sebagai satu krisis.

Madinah berkata, dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016 di Pejabat Perdana Menteri, Najib mengarahkan pengguguran perenggan mengandungi dua versi Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014 dan mengarahkan siasatan dijalankan pihak penguatkuasa.

-sinar harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel