Connect with us

Berita Lain

Pertambahan kekayaan, aset perlu dipantau di bawah pengisytiharan aset


Pertambahan kekayaan dan aset ahli politik, pasangan dan
anak-anak mereka perlu dipantau di bawah akuan pengisytiharan aset, kata Ketua
Pengarah Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu
Kassim Mohamed.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan pihak berkuasa yang
akan membuat pemantauan itu tetapi berkata adalah penting untuk memantau
pertambahan pendapatan dan aset menteri, timbalan menteri dan anggota parlimen.
Ini penting kerana kita mesti tahu apa yang mereka peroleh
dan apa yang mereka belanjakan serta memastikan perbelanjaan mereka adalah
sepadan dengan pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri
majlis Anugerah Kecemerlangan Anti Rasuah Antarabangsa Sheikh Tamim Hamad Al
Thani persembahan di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Abu Kassim berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
komited dalam memerangi rasuah dan ini jelas terbukti apabila beliau
memperakukan 21 dasar dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas mengambil alih
sebagtai perdana menteri.
Beliau berkata Dr Mahathir telah meluluskan Rancangan Anti
Rasuah yang mengandungi 103 inisiatif, hanya untuk memerangi rasuah dan
dijangka dilancarkan pada Januari tahun depan.
Sementara itu, Abu Kassim berkata beliau tidak terlibat sama
sekali dalam mengubah Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysian Development Bhd
(1MDB) walaupun beliau adalah ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu.
“Saya tidak tahu mengenai pindaan tersebut,”
katanya.
Pada 25 Nov, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad
mendedahkan bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengarahkan laporan akhir audit 1MDB dipinda dengan menggugurkan beberapa
perenggan.
— Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel