Connect with us

Berita Lain

Perwakilan Bersatu cadang Tun M kekal PM hingga PRU15


BEBERAPA perwakilan negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) hari ini mencadangkan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai
Perdana Menteri sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Cadangan itu disampaikan perwakilan negeri BERSATU ketika
membahaskan ucapan dasar Pengerusi BERSATU di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini, sempena Persidangan Agung Tahunan
BERSATU.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, cadangan itu diutarakan oleh perwakilan Kelantan
yang juga Ketua Bahagian BERSATU Bachok, Zulkifli Zakaria yang mahu Dr Mahathir
yang juga Pengerusi BERSATU, kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU-15.
“Ada beberapa perwakilan yang cadang. Pertama sekali
keluar daripada wakil Kelantan,” kata seorang anggota Majlis Pimpinan
Tertinggi BERSATU ketika ditemui, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perkara itu turut disahkan seorang lagi perwakilan yang juga
Ketua Bahagian BERSATU Selayang, Zulkifli Mohamad yang berkata,
sekurang-kurangnya lapan perwakilan negeri mencadangkan supaya Dr Mahathir
kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU-15, ketika sesi perbahasan.
“Setiap kali cadangan Dr Mahathir kekal sebagai Perdana
Menteri hingga PRU15 diusulkan, semua perwakilan berdiri, memberi tepukan
sambil melaungkan ‘Hidup Tun’ sebanyak tiga kali,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga
ahli Majlis Pimpinan Teringgi BERSATU, Muhammad Zahid Mat Arip ketika ditanya
mengenai perkara itu berkata, Setiausaha Agung BERSATU akan keluarkan kenyataan
berhubung perkara itu.
“Kenyataan akan dibuat oleh Setiausaha Agung. Saya
tidak boleh beri kenyataan,” katanya. – Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel