Connect with us

Berita Lain

Piala AFF: Gagal manfaat jaringan, Malaysia sekadar seri



KUALA LUMPUR, 1 Dis — Malaysia mensia-siakan aksi di laman sendiri apabila pertembungan dengan Thailand pada saingan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini menyaksikan ia berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beraksi di hadapan lebih 87,000 penyokong setia skuad Harimau Malaya, Malaysia yang dibimbing oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe mempamerkan aksi penuh bergaya dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan apabila gandingan trio serangan negara — Muhammad Safawi Rashid, Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha berjaya mengancam kubu pertahanan lawan menerusi beberapa gerakan menarik.


Bagaimanapun, Thailand yang turun dalam kempen 2018 untuk mempertahankan kejuaraan edisi lalu, terlebih dahulu membuat percubaan berbahaya menerusi Nurul Sriyankem, namun rembatan derasnya pada minit ke-24 melewati palang gol negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Seminit kemudian, Sumareh memiliki peluang terbaik untuk meledak gol pembukaan, tetapi rembatan leretnya yang sudahpun menewaskan penjaga gol Thailand, sedikit tersasar sekali gus menyaksikan keputusan 0-0 kekal sehingga waktu rehat.
Bersambung babak kedua, dalam usaha mencari gol untuk membawa bekalan selesa ke Bangkok pada separuh akhir kedua Rabu, 5 Dis ini, Malaysia nampak semakin terdesak apabila kelihatan Thailand kekal teguh bertahan.
Biarpun begitu, jentera serangan negara terus melancarkan serangan bertali arus dan Norshahrul sekali lagi berusaha membolosi gawang Thailand menerusi tandukan pada minit ke-48 diikuti rembatan kaki kiri pada (minit ke-55), namun tersasar.
Norshahrul sekali lagi mensia-siakan peluang terhidang pada minit ke-65 selepas gerak satu-dua bersama Muhammad Safawi berjaya meledakkan sepakan baik yang gagal ditampan kemas penjaga gol, namun bola hanya melewati palang gol pasukan lawan.
Usaha Cheng Hoe membawa masuk dua penyerang Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi semasa perlawanan berbaki 15 minit bagi mengukuhkan lagi jentera serangan, juga gagal mengubah kedudukan sehingga masa penuh perlawanan.
Keputusan 0-0 itu menyaksikan anak buah Cheng Hoe berdepan misi sukar pada aksi kedua yang akan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel