Connect with us

Berita Lain

Rahim Thamby Chik tinggalkan umno, mohon masuk Bersatu


Bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik hari ini
mengumumkan keluar Umno dan menyerahkan permohonan untuk menyertai Bersatu.
Abdul Rahim berkata, beliau bertindak keluar Umno dan
memohon menyertai Bersatu kerana Umno kini sudah tidak mempunyai roh perjuangan
membela nasib orang Melayu dan roh itu sudah berhijrah ke Bersatu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya sedih tinggalkan Umno setelah lebih 40 tahun berjuang
dalam parti itu untuk orang Melayu, saya keluar kerana Bersatu kini boleh
membela orang Melayu dengan lebih baik, cekap dan berkesan yang mana Umno kini
sudah tiada kapasiti untuk bergerak demi perjuangan orang Melayu.
“Kesilapan pemimpin Umno menabur budaya rasuah menjadi
kanser yang memakan akar umbi Umno itu hingga semakin sukar diperbetulkan dan
pada pilihan raya umum lepas Umno kecundang,” katanya ketika berucap pada
majlis penyerahan borang keanggotaan Bersatu di Ayer Keroh, Melaka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata tindakannya untuk keluar parti itu dilakukan
secara sukarela dan tidak didesak atau menerima apa-apa tawaran daripada
mana-mana pihak.
Terdahulu beliau menyerahkan borang keanggotaannya bersama
kira-kira 100 permohonan lain kepada Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Melaka
Mohd Redzuan Md Yusof yang juga menteri pembangunan usahawan.
Abdul Rahim merupakan ketua menteri Melaka keenam yang
memegang jawatan itu antara 26 April 1982 hingga 14 Oktober 1994 dan pernah
menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk penggal 1993-1996.
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel