Connect with us

Berita Lain

Rakyat kini kembali nikmati siaran Tv digital


KUALA LUMPUR – Perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV di
beberapa negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak,
Melaka, Sabah dan Sarawak yang mengalami gangguan sejak 11 Oktober lalu kini
boleh dinikmati semula oleh rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata,
gangguan itu berpunca daripada beberapa isu komersil di antara pihak MYTV
Broadcasting Sdn. Bhd (MYTV) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya berpuas hati kedua-dua pihak telah mencapai kata
sepakat berhubung dengan isu mereka.

Ini bagi memastikan perkhidmatan TV digital akan dapat
dinikmati oleh rakyat bermula hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Apa yang lebih penting, penyampaian perkhidmatan
kepada rakyat perlulah sentiasa diberikan pertimbangan dan keutamaan tertinggi
oleh semua penyedia perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan yang
dimuat naik menerusi Twitter dan Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC) supaya memudah cara penyelesaian isu tersebut dalam
tempoh terdekat selain beberapa siri perbincangan diadakan di antara MCMC, MYTV
dan TM sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, MCMC telah melaporkan bahawa MYTV dan TM bersetuju
terhadap kaedah penyelesaian berhubung isu komersil membabitkan kedua-dua
pihak.

Gobind ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir
Mas) berhubung isu itu di Dewan Rakyat minggu lepas berkata, penyelesaian isu
gangguan perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV yang sedang berlaku diharap
dapat dicapai minggu ini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel