Jelas Perdana Menteri, masyarakat sanggup melakukan apa sahaja jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati sehingga tidak mempertimbangkan soal baik dan buruk.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Tambah beliau, rasuah tetap diamal oleh semua masyarakat manusia tetapi biasanya masyarakat menganggap rasuah sebagai satu amalan yang keji dan buruk.

Oleh itu menurut Dr. Mahathir, mereka yang mengamal rasuah akan menyembunyi perbuatan kerana sedar itu adalah sesuatu amalan yang salah disisi undang-undang dan agama .

“Tetapi apabila masyarakat terima amalan rasuah sebagai perkara biasa yang boleh diamal secara terbuka, maka tidak lagi ada perasaan segan silu apabila melakukannya, baik oleh pemberi atau penerima.

“Di zaman pemerintahan yang percaya ‘cash is king’ atau ‘wang adalah raja’ maka pemberian dan penerimaan rasuah menjadi satu dari nilai hidup dan budaya terutama dalam kalangan orang Melayu. Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati dan soal baik buruk sesuatu diberi atau diarah tidak termasuk dalam pertimbangan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian menerusi catatan di blognya, chedet.cc, semalam.

Menurut Dr. Mahathir, masyarakat sememangnya mengetahui sogokan dianggap sebagai perbuatan yang tidak baik dan dilarang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Tetapi penerima tidak fikir panjang, baik, tidak baik, tetapi sogokan memuaskan nafsu dan dipercayai menguntungkan. Oleh itu terima sahajalah, kesan buruk terhadap masyarakat adalah perkara remeh dan gampang.

“Sudah tentu perasaan kebangsaan dan kesan terhadap bangsa dan negara tidak lebih utama dari nafsu penerima rasuah,” katanya.

-UTUSAN ONLINE.