Connect with us

Berita Lain

Salleh Said Keruak yang mengejutkan….


Keluar parti, melompat parti dan menubuhkan parti baru
mungkin perkara biasa dalam politik Sabah. Ia sudah beberapa kali berlaku
sebelum ini dan kini ia sekali lagi menjadi hidangan buat kita semua.

Meskipun dengan keluarnya beramai-ramai pemimpin, Ahli
Parlimen dan Adun negeri itu meninggalkan UMNO tidak menyebabkan UMNO Sabah
terbubar secara serta merta, tetapi realitinya parti itu boleh dikatakan sudah
lumpuh dan tidak lagi bermaya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Matinya UMNO di Sabah bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Sebelum ini pun sudah banyak parti yang mati dan terkubur begitu saja bila ada
pertukaran kerajaan negeri.
Apa yang berlaku kepada UMNO Sabah hari ini semacam ulangan
saja. Tiada yang pelik dan tidak ada sesiapa yang terperanjat.
Tetapi, di sebalik keluarnya beramai-ramai pemimpin UMNO
meninggalkan parti itu setelah ia kehilangan kuasanya dalam PRU14 yang lalu,
yang paling menarik dan mengejutkan tentunya ialah kerana di antara yang
berbuat demikian itu termasuk Salleh Said Keruak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Siapa tidak kenal Salleh Said Keruak atau SSK sejak beberapa
tahun kebelakangan ini. Walaupun pernah menjadi Ketua Menteri Sabah beberapa
tahun sebelum ini, nama SSK paling menjadi bualan ialah sejak berlakunya
permusuhan antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad.
SSK yang pada awalnya hanya merupakan Speaker DUN Sabah dan
agak aktif dalam penulisan melalui blog, telah mengambil kesempatan daripada
permusuhan dua pemimpin itu untuk menonjolkan dirinya melalui
tulisan-tulisannya untuk menyokong serta membela Najib, sambil sudah tentunya
dalam waktu yang sama membelasah Tun Mahathir.
Beliau muncul menjadi pembela paling tegar kepada Najib,
terutama berkaitan isu 1MDB serta menghentam Tun Mahathir hampir tanpa belas
kasihan dengan mengungkit pelbagai perkara mengenai Pengerusi Pakatan Harapan
itu.
Keaktifannya berbuat demikian itu akhirnya mencambahkan
kepercayaan Najib terhadapnya sehingga melantiknya sebagai menteri kabinet
dengan portfolio di Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Bendahari UMNO.
Bersama jawatan itu, SSK kemudiannya terus memainkan
peranannya  dengan lebih aktif lagi
sebagai pembela dan penyanjung Najib. Selain terus menulis melalui blognya atau
memberi kenyataan melalui pelbagai saluran media di bawah kawalannya, SSK
dengan jawatan tinggi yang diberikan Najib itu, kerjanya hampir saban waktu
ialah membela dan mempertahankan Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan itu, isteri Najib iaitu Rosmah Mansor
juga turut dibela dan dipertahankannya cukup-cukup, sesuai dengan ganjaran yang
Najib berikan kepadanya.

Bagaimanapun, sebaik UMNO hilang kuasa dan Najib tidak lagi
berjawatan Perdana Menteri, selain beliau sendiri kalah di Kota Belud, SSK
terus tidak lagi nampak bayangnya.

Dalam Najib turun naik mahkamah atau membuat kemunculan di
beberapa tempat awam, bayang SSK tidak lagi kelihatan. Dalam program-program
UMNO atau ketika ada penampilan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang baru,
beliau tidak lagi seperti dulu yang hampir setiap masa ada di sisi.
Kebanyakan orang percaya SSK mungkin dalam proses untuk
bersara dan meninggalkan terus dunia politik. Iyalah, apa lagi dimahukannya,
jadi ketua menteri sudah dan jadi menteri juga sudah merasa.
Tidak pernah terbayang kepada sesiapa SSK akhirnya akan
meninggalkan UMNO dan muncul bersama dengan pemimpin-pemimpin Sabah yang lain
yang bukan saja keluar parti, malah sedia untuk menyatakan sokongan kepada
kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir.
Meskipun alasannya menyokong kerajaan ialah untuk memastikan
pembangunan Sabah tidak terbantut, tetapi tidakkah SSK tiada sedikit pun
teringat kepada jasa serta sumbangan UMNO terhadap dirinya?
Apakah beliau juga sudah melupakan Najib yang sebelum ini
banyak memberinya jawatan dan kedudukan?
Dengan sudah bersama-sama pemimpin lain meninggalkan UMNO
dan menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir yang sebelum ini dibalun serta
dikejinya
, apakah SSK selepas ini akan kembali berperanan membela Perdana
Menteri sebagaimana beliau membela Najib sebelumnya?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik
terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya
mewakili pendirian Malaysian Update.
Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel