Connect with us

Berita Lain

Skandal 1MDB dimasukkan dalam silibus Sejarah – Maszlee

Dr. Maszlee Malik – Foto oleh Kosmo!

Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut
diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi kesilapan
sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya boleh memberikan jaminan bahawa isu 1MDB akan
dimasukkan dalam buku Sejarah Malaysia supaya generasi ke depan tidak akan
mengulangi.
“Begitu juga jenayah besar yang dilakukan oleh ahli politik
dalam menyamun,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad
Maslan (BN – Pontian) di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum itu, Ahmad bertanya apakah 60 buah sekolah
persendirian Cina mempelajari mata pelajaran Sejarah dan berapa tahun diambil
sesuatu perkara dianggap sebagai sebahagian daripada Sejarah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, Kementerian
Pendidikan akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks
Sejarah dalam masa terdekat.
Katanya, jawantankuasa itu akan berkerjasama dengan
jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik
dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.
Beliau berkata, kementerian itu juga akan mengadakan
beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif
sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif, lapor Utusan Online lagi.
“Kementerian prihatian dengan pandangan pelbagai pihak
tentang mata pelajaran Sejarah. Kurikulum standard Sejarah digubal dengan
tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan
dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara,”
katanya.
Maszlee berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan
terhadap soalan Hasanuddin Moh Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu sejauh
mana usaha kerajaan menggubal semula subjek Sejarah kerana terdapat fakta yang
ditokok tambah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel