Connect with us

Berita Lain

Skandal 1MDB terburai, PH bongkar salah guna dana bilion ringgit

KUALA LUMPUR — Skandal mega 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) melibatkan Malaysian Official no.1 yang sebelum ini ditutup
begitu rapi akhirnya pecah terburai pada saat 
kerajaan Barisan Nasional yang memerintah tumbang di tangan rakyat dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tumbangnya apa yang dipanggil kerajaan kleptokrasi BN itu
pada 9 Mei lalu membuka ruang kepada 
kerajaan baharu parti gabungan Pakatan Harapan (PH) membongkar satu demi
satu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam skandal mega itu yang melibatkan
wang berbilion ringgit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum tegaknya kerajaan PH, siasatan mengenai 1MDB hanya
dapat dilakukan oleh kerajaan-kerajaan luar termasuk Amerika Syarikat (AS),
United Kingdom, Singapura, Switzerland dan Indonesia.
Keputusan PRU14 itu membolehkan PH mengambil alih tampuk
pemerintahan negara yang sekali gus membenamkan 61 tahun pentadbiran BN.
Berikutan itu, pada 15 Mei, kerajaan PH bertindak
mengklasifikasi semula dokumen 1MDB oleh Jabatan Audit Negara yang sebelum ini
dikelaskan sebagai “Rahsia” di bawah Akta Rahsia Rasmi sejak Januari 2016.
Pengklasifikasian semula dokumen itu membuka “terlalu banyak
pekung di dada”.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Ringkasan eksekutif dokumen tersebut antaranya mendedahkan
1MDB memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan
faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.
Melihat keadaan ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman menjalankan serbuan ke atas empat kondominium mewah di ibu kota yang
dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.
Serbuan tersebut mengejutkan rakyat seluruh negara apabila
polis mendedahkan rampasan 72 bagasi berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata
wang dan barangan berharga serta hampir 300 kotak berisi beg tangan pelbagai
jenama mewah yang dikaitkan dengan 1MDB yang dianggarkan bernilai antara RM900
juta hingga RM1.1 bilion.
Rentetan daripada itu, satu Pasukan Khas Siasatan 1MDB
dibentuk pada 21 Mei bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes
syarikat pembangunan strategik milik Kementerian Kewangan itu, termasuk
penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan yang diselewengkan di dalam dan di
luar negara.
Pada 29 Jun, Pasukan Khas itu mengesahkan telah membekukan
sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk Umno serta
parti-parti politik yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB.
Berikutan itu, pada 4 Julai, bekas perdana menteri itu mula
didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah dan
satu pertuduhan di bawah Akta SPRM berhubung penyelewengan RM42 juta yang
dikaitkan dengan kes SRC International Sdn Bhd, sebuah subsidiari, 1MDB.
Sehingga kini, Najib menghadapi 39 pertuduhan rasuah, pecah
amanah, pengubahan wang haram serta penyalahgunaan kuasa berkaitan 1MDB dan
bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah ke atas semua
pertuduhan.
Salah laku dalam 1MDB telah didedahkan buat pertama kalinya
oleh Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara (sekarang Damansara) Tony Pua di
Dewan Rakyat pada 2010. Cubaan demi cubaan oleh pembangkang pada masa itu untuk
membangkitkan isu tersebut ditangkis hebat oleh BN.
Sepatutnya langkah-langkah diambil untuk membetulkan
keadaan, namun sebaliknya, Najib telah mengeksploitasi jentera kerajaan untuk
menutup kesalahan 1MDB termasuk menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara ketika itu untuk membersihkan nama beliau
daripada segala dakwaan berkaitan 1MDB.
Di sebalik dakwaan dan pembongkaran yang dibuat, Najib yang
juga bekas Menteri Kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat syarikat itu
bertegas menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan berkenaan salah
laku syarikat itu.
Penyiasatan terhadap 1MDB mencatatkan satu lagi perkembangan
signifikan apabila kerajaan Malaysia mendapat kembali hak milik ke atas kapal
layar mewah Equanimity kepunyaan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low,
yang dibeli dengan dana 1MDB.
Kapal mewah bernilai RM1 bilion tersebut tiba di Pelabuhan
Klang pada 7 Ogos selepas kerajaan Indonesia bersetuju untuk menyerahkannya
kepada Malaysia selepas ia disita di perairan dekat Bali, Indonesia  sejak awal tahun ini.
Buat masa ini, bidaan terhadap Equanimity telah ditutup dan
terkini peguam 1MDB Sitpah Selvaratnam dilaporkan berkata bahawa ia akan dijual
dengan nilai sembilan digit sebelum 31 Mac depan.
Di AS, siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu juga
telah membawa kepada pendakwaan terhadap bekas pengarah urusan Goldman Sachs
Roger Ng di sebuah mahkamah di sana kerana terbabit dalam konspirasi pengubahan
wang haram milik 1MDB.         
Susulan itu, Roger Ng telah ditahan oleh Polis Diraja
Malaysia (PDRM) pada 1 Nov atas waran yang dipohon oleh kerajaan AS.
Kerajaan Malaysia juga telah menyatakan kesediaan untuk
mengekstradisi Ng ke AS untuk menghadapi pertuduhan.
Laporan media menyatakan Malaysia sedang menyiapkan fail
tuntutan saman sivil terhadap bank pelaburan AS, Goldman Sachs untuk
mendapatkan semula dana RM18.88 bilion nilai kerugian yang dialami menerusi
urus niaga dengan 1MDB.
Pada 24 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah
Mohamad mendedahkan Laporan Akhir 1MDB yang dibentangkan di Parlimen pada 2016
telah diubah antaranya atas arahan Najib.
Madinah menyatakan antara maklumat penting yang telah
digugur atau dipinda termasuk kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga
pengarah 1MDB dan status kewangan sebenar yang dihadapi syarikat itu.
Dalam pada itu, keberadaan Jho Low yang dikatakan menjadi
dalang utama kemelut 1MDB masih menjadi misteri.
Meskipun Jho Low telah didakwa secara “ïn absentia” di mahkamah
atas kesalahan jenayah pengubahan wang haram, usaha pihak berkuasa untuk
mengesan dan mengekstradisinya ke Malaysia masih tidak membuahkan hasil.
Memandangkan ini satu kes rumit dan melibatkan banyak pihak
di dalam dan luar negara, proses perundangan dan pendakwaan terhadap pihak
terlibat dengan penyelewengan dana awam 1MDB dijangka  mengambil masa yang panjang.
Namun, di sebalik cabaran yang dihadapi, proses tersebut
harus diteruskan.
Malah, Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini
menyatakan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan terus menyiasat salah laku
berhubung 1MDB bagi memberi keadilan kepada rakyat Malaysia. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel