Connect with us

Berita Lain

SPR lapor polis, 62 calon gagal serah penyata PRU14


PUTRAJAYA — Seramai 62 orang calon Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) gagal menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya
masing-masing, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan
Harun.
“Jumlah ini meliputi 14 orang calon bagi bahagian pilihan
raya Parlimen dan 48 orang calon bagi bahagian pilihan raya DUN (Dewan Undangan
Negeri),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954
menetapkan bahawa calon-calon yang bertanding atau  ejen pilihan rayanya hendaklah menyerahkan
penyata perbelanjaan pilihan raya kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam
tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU-14 yang diwartakan pada 28 Mei
tahun ini (2018).
Tarikh akhir penyerahan penyata perbelanjaan PRU14 ialah
pada pada 28 Jun lepas, katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 “Sehubungan dengan itu, SPR telah membuat laporan polis
terhadap calon-calon yang gagal menyerahkan penyata perbelanjaan mereka bagi
tindakan lanjut mengikut undang-undang,”katanya.
Pada PRU14, SPR telah menerima sebanyak 687 pencalonan bagi
kerusi Parlimen dan 1,646 pencalonan bagi kerusi DUN, katanya.
Menurut Azhar, selaras dengan Seksyen 23 AKPR 1954, terdapat
implikasi terhadap calon yang gagal menyerahkan penyata perbelanjaan.
Antaranya tidak boleh menghadiri sidang atau mengundi dalam
Dewan Rakyat atau DUN, tidak boleh menyertai mana-mana pilihan raya selama
tempoh lima tahun dan boleh didakwa dan diambil tindakan atas perbuatan yang
menyalahi undang-undang, katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel