Connect with us

Berita Lain

S’pura perlu laluan pendaratan sebelah utara, selatan ke lapangan terbang Seletar

Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke

Singapura perlu melaksanakan tatacara penerbangan Sistem
Pendaratan Instrumen (ILS) bagi laluan pendaratan sebelah utara dan selatan ke
Lapangan Terbang Seletar, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT).
Kementerian itu berkata Singapura telah memaklumkannya pada
mesyuarat pada 29 Nov 2018 antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura
(CAAS) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tatacara penerbangan untuk kedua-dua laluan itu adalah
perlu kerana pesawat mendarat dan berlepas,” katanya dalam satu kenyataan
susulan pertanyaan media mengenai kenyataan terkini Kementerian Pengangkutan
(MOT) Malaysia berkaitan tatacara ILS untuk Lapangan Terbang Seletar.
Terdahulu, MOT Malaysia berkata ketegangan antara Malaysia
dan Singapura adalah tidak perlu dan boleh dielakkan dengan melaksanakan
tatacara ILS yang baharu untuk Landasan 03 di sebelah selatan Lapangan Terbang
Seletar, dan bukan Landasan Runaway 21 di sebelah utara yang mendapat bantahan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Di rantau ini, angin bertiup dari arah timur laut
untuk pertengahan tahun, dan arah barat daya untuk pertengahan tahun yang lain.
Oleh itu, tatacara penerbangan untuk laluan pendaratan sebelah selatan tidak
dapat secara selamat menggantikan semua tatacara penerbangan untuk laluan
penerbangan sebelah utara,” kata MOT Singapura.
Oleh itu, CAAS menjelaskan kepada CAAM bahawa sebagai
tambahan kepada laluan pendaratan sebelah utara ke Lapangan Terbang Seletar,
“CAAS juga akan melaksanakan tatacara ILS bagi laluan penerbangan sebelah
selatan.”
MOT Singapura berkata adalah “tidak benar” bahawa
pelaksanaan tatacara ILS untuk laluan sebelah utara ke Lapangan Terbang Seletar
adalah “jelas menceroboh kedaulatan Malaysia serta undang-undang dan
standard antarabangsa.”
“Sifat penerbangan awam antarabangsa adalah penerbangan
harus melintasi ruang udara negara-negara yang berbeza. Bukan luar biasa untuk
tatacara penerbangan ke/dari lapangan terbang di satu Negara, terutama
berdekatan Negara lain, untuk melintasi wilayah negara-negara jiran.
“Ini tidak meliputi pencerobohan kedaulatan negara-negara.
Tatacara ILS bagi sesetengah lapangan terbang di Malaysia turut diperluaskan
melangkaui wilayah negara-negara jiran,”kata kenyataan itu.
Atas semangat kerjasama dan manfaat bersama, Kementerian
berkata “kami bersedia untuk membincangkan kebimbangan teknikal Malaysia
secara baik.”
Menurut MOT Singapura, pada 4 Dis 2018, Menteri Pengangkutan
Malaysia Anthony Loke menyatakan bahawa Malaysia akan mengemukakan cadangan
balas kepada Siingapura.
“Kamimengalu-alukan untuk menerima cadangan balas
Malaysia dan berasa senang hati untuk bertemu dengan Malaysia selepas
itu,” kata MOT Singapura. 
– Bernama
Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel