Connect with us

Berita Lain

Sultan Nazrin titah perluas peranan masjid

 Sultan Nazrin Shah – Foto oleh Bernama

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini
bertitah agar peranan dan kegiatan yang sebelum ini dijalankan di dalam masjid
perlu dipindahkan ke pelbagai premis baharu di luar masjid bagi mengimarahkan
rumah ibadat itu.
Bagaimanapun Sultan Perak bertitah usaha sedemikian tidak
bermakna peranan masjid tersisih atau menjadi kurang penting.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sultan Nazrin yang kini memangku tugas Yang di-Pertuan Agong
bertitah peredaran waktu dan perkembangan tamadun telah mengubah cara hidup
insan yang bertambah kompleks di samping perlu pula menangani bilangan ummah
yang semakin bertambah.
“Pada awal era perkembangan Islam, masjid memenuhi pelbagai
peranan, berfungsi sebagai pusat pemerintahan, pentadbiran, kehakiman, pusat
perkembangan sahsiah, ilmu, budaya dan tamadun serta dipenuhi pelbagai kegiatan
kebajikan, kemasyarakatan dan perhubungan ummah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bermakna, lebih banyak ruang masa masjid dipenuhi dengan
kegiatan yang pelbagai, mengatasi waktu yang digunakan untuk bersolat,” titah
baginda pada Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah ll yang juga dikenali
sebagai Masjid negeri di Ipoh, hari ini.
Sultan Nazrin bertitah mengimarahkan masjid merupakan
tanggungjawab mereka yang telah bersedia menerima amanah, dilantik sebagai ahli
jawatankuasa masjid serta yang dilantik sebagai pegawai masjid.
“Masjid yang sudah dibina secara fizikal wajib dibangunkan
dengan perisian kandungan yang bermakna, dihidupkan oleh orang-orang yang
ikhlas, bersungguh dan komited mahu mengembangkan syiar Islam,” titah Sultan
Nazrin.
Titah baginda, orang yang diberikan amanah mengurus dan
mengimarahkan masjid tidak berlaku adil kepada qariah jika gagal memenuhi
tanggungjawab secara ikhlas, bersungguh serta komited.
Mengenai Masjid Sultan Idris Shah II, baginda bertitah ia
diiktiraf sebagai Masjid Negeri Perak dan dirasmikan pada 15 Nov 1968 oleh
Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakil-Allallahi Shah II.
“Masjid ini telah mencapai usia 50 tahun. Dalam tempoh masa
tersebut masjid ini telah melalui pelbagai fasa penambahbaikan dan pembesaran
secara fizikal, begitu juga telah dibangunkan dengan pelbagai kegiatan,” titah
baginda.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak
yang telah memenuhi pelbagai peranan dan memberikan sumbangan mengimarahkan
masjid itu sejak 50 tahun yang lalu.
“Semoga masjid ini akan mencipta pencapaian yang lebih
cemerlang 50 tahun dari sekarang dan mencatatkan sejarah kejayaan yang lebih
gemilang ketika menyambut ulang tahun usia ke-100 pada tahun 2068 nanti,” titah
baginda. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel